[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK)
15 parts Complete Lee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas!
Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya semula dengan hati yang penuh berharap. Tetapi semua itu hanya sekadar harapan dan anganan. Betullah orang kata, cinta itu datang dan pergi tanpa kita sedar.
"Awak rasa Hyun balik tak? Hari ni anniversarry saya dengan dia. Yang ke-3."
"Berhentilah berharap, Rose. Dia tak akan datang. Percayalah. Awak lupakan jelah dia. Please."
Air mata menemani Roseanna selama 3 tahun. Dan dalam masa itu, Roseanna mula berubah perlahan-lahan. Daripada seorang gadis yang baik, sopan santun, menjaga pergaulan... menjadi seorang gadis yang liar, bebas dan ego. Hilangnya Roseanna dahulu, datang pula Jung Hyun yang dinanti-nanti selama 3 tahun itu.
"Kita pernah kenal ke?"
Pedih buat Jung Hyun, lebih pedih buat Roseanna kerana terpaksa berpura-pura untuk mengekalkan posisi egonya di skala satu. Usaha Jung Hyun ditutup rapi, pujukan Jung Hyun dibuang ke tepi. Tanpa sedar, Roseanna terlupa, dia pernah melafazkan satu janji.
'Saya tak akan sesekali tinggalkan awak, Hyun. Sekalipun awak pergi, saya akan kejar. Sekalipun awak jauh, saya akan dekat. Sekalipun awak hilang, saya akan cari. Saya janji.'
Lantas Jung Hyun gunakan segala kuasanya untuk mendapatkan Park Roseanna nya semula.
"Walau apa pun yang terjadi, saya takkan lepaskan awak, Roseanna. Awak, isteri saya. Nyawa dan jiwa saya. Saya akan dapatkan awak semula, no matter what."
"Ceraikan saya."
Mampukah Jung Hyun memaut hati Roseanna semula? Atau jalan perpisahan yang menjadi pertaruhan? Nantikan...