RAHSIA DIA (complete ✅)
  • Reads 7,972
  • Votes 219
  • Parts 99
  • Reads 7,972
  • Votes 219
  • Parts 99
Complete, First published Dec 08, 2024
⚠️Strictly NO PLAGIATE!!

❗Idea penulis 100%

❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan

❗Nama watak, perwatakan, tempat, peristiwa adalah imaginasi penulis 100%. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati

❗Alur cerita mungkin boleh menyebabkan pembaca trauma atau triggered

Mengisahkan Delisha (Del), seorang gadis biasa yang begitu meminati bidang penyiasatan. Dia bekerja di sebuah premis penyiasatan jenayah milik Tuan Hizril (Tuan Eril), seorang polis yang meninggalkan kerjaya selepas kematian isteri dan anak sulungnya.

Delisha bersama Danish (Dany), Eziqil (Ez) dan Laith (Leo) menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang berlaku dengan tunjuk ajar daripada Tuan Hizril.

Delisha yang merupakan satu-satunya bunga dalam pasukan, dilayan bagai adik bongsu di dalam kalangan ahli kumpulan. Danish, Eziqil dan Laith melayaninya ibarat tuan puteri. Begitu juga Tuan Hizril.

Penubuhan kumpulan penyiasatan jenayah oleh Tuan Hizril ini, salah satunya adalah untuk mencari orang yang bertanggungjawab akan kematian isteri dan anak sulungnya. 

Selain itu, Tuan Hizril juga ingin mencari anak bongsunya yang sempat dilarikan oleh adiknya sebelum adiknya dibunuh kejam.

Di setiap kes yang mereka cuba selesaikan, banyak perkara mereka belajar dan itu membuatkan hubungan di antara mereka lebih erat. Namun, terdapat satu rahsia yang tersimpan setiap antara mereka. 

Apakah rahsia itu? Dapatkah Tuan Hizril berjumpa semula dengan anak kandungnya yang entah hidup atau mati itu? Dapatkah mereka menyelesaikan satu-satu kes yang mendatang?
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add RAHSIA DIA (complete ✅) to your library and receive updates
or
#2penyiasatan
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
Jodoh yang di takdir (Complete) cover
TERNYATA KAMU cover
T A K D I R   K I T A cover
E-book LUKA cover
RAIS & RAISA (COMPLETED) cover
RAFAINUL💘 [COMPLETED] cover
(C) HANYALAH DIRIMU   cover
Pengorbanan Cinta cover
Diari Cinta Kita cover
SEBELUM KITA (OG) cover

Jodoh yang di takdir (Complete)

76 parts Complete

☆ Pengenalan Watak utama☆ ❤Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❤ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15 tahun telah menyebabkan perwatakan qirah berubah menjadi kurang ajar. Dahulunya sangat hormat kepada ayahnya tetapi perasaan hormat telah hilang. Qirah menganggap ayahnya punca kemusnahan keluarganya. ~Qirah mempunyai rupa paras yang cantik, kulit putih mulus, bentuk badan yang seksi tapi ketinggian macam budak sekolah.🤣 ~Sangat sukar untuk di dekati oleh para jejaka kerana sikapnya yang dingin dan tidak percaya kepada kaum lelaki. ~ kehidupan qirah yang dahulunya aman tanpa ada gangguan menjadi kucar- kacir setelah dengan secara tidak sengaja dia terjumpa harris di Universiti Malaya. ❤Muhd Khairul Harris bin Tan Sri khairudin/harris❤ ~Harris mempunyai rupa paras yang handsome yang boleh mencairkan setiap gegadis 🤩 yang melihatnya, badan sasa dan tinggi. ~ofcourse playboy😑, kaki perempuan, kaki clubbing dan seangkatanya.. tetapi???? ---------------------------------------------------------- Perang dingin di antara qirah dan harris bermula di saat pertemuan pertama mereka.