[OG] The Warrior

[OG] The Warrior

  • WpView
    Reads 33
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Feb 17, 2025
"Untuk menyelamatkan diri sendiri, sejauh mana manusia boleh berlaku kejam?" "Pertama sekali, manusia itu... bersifat manusia ke?" Dunia yang maju. Mewah. Berteknologi tinggi. Itulah yang diimpikan semua. Yang untungnya, pemerintah kerajaan negara Selatan Barrend turut mengimpikan perkara yang sama. Melalui kerjasama dengan empat buah negara besar yang lain, impian itu dapat direalisasikan. Teknologi dinaik taraf. Sistem diperhebat. Robot-robot AI dicipta. Kini, segalanya mampu diperolehi dengan cuma memetik jari. Hidup menjadi semakin senang. Namun, terlalu bergantung pada sesuatu itu juga, tak begitu bagus. Kerana itu apabila robot dan teknologi rosak dan sistem mula melawan, maka tiada apa yang boleh mereka lakukan. Robot-robot menggila dan menyerang manusia, seolah-olah sedang melampiaskan dendam yang sudah terpendam lama. Berbanding menyelesaikan keributan yang melanda, negara lebih sibuk berbalah dengan negara lain. Masing-masing menuding jari pada satu sama lain ke atas huru-hara yang meletus. Ikatan yang selama ini terbina erat, mula terlerai. Dan yang menjadi mangsa, mereka yang tak bersalah. Yang tidak pernah melakukan apa-apa selain berjuang untuk terus hidup. ©️ Hayaz
All Rights Reserved
#1
teknologi
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KERUNTUHAN EMPAYAR
  • IDENTITI
  • CIÙINEAS
  • RED GENES: MASA DAN JANJI {SELESAI}
  • EARPHONES
  • IDENTITI : MALAM BULAN BERDARAH
  • My 'Everlin Darlisya'
  • SOLE MIO [C]
  • Pikat Hati Dr Jerk ✓
  • Fight N Fly (Terbitan FP Dis 2020)

Mithgar Dunia yang penuh misteri dan magical serta dengan makhluk-makhluk berbahaya. Setiap negara memerlukan tembok tinggi ataupun pelindung magical,supaya manusia yang tidak mempunyai magis ataupun bukan pahlawan dapat hidup aman tanpa sebarang ancaman. Namun yang bahayanya bukanlah makhluk berbahaya di luar pagar,manusia juga berbahaya apabila sifat tamak nafsu haloba menguasai diri. Black Cobra cuba mencetuskan peperangan dunia dengan mencipta satu senjata yang dikenali Cpu-Biology. Perbuatan mereka bakal mengancam kedamaian dunia,namun tanpa sengaja senjata itu dibawa lari oleh seorang hunter muda. Ikhwan Syah Al'Solleh -Hunter remaja berbakat,bersikap ceria dan girang namun tiada siapa tahu apa yang tersirat di dalam. "Kau siapa nak hukum aku? Hukum mereka dari apa yang kau nampak menggunakan mata kau? Kau tak tahu apa-apa!" Farhan Al'Tuzman -remaja tenang mengikut haluan angin,kadang kala jadi biol sebab melayankan Ikhwan. "Dunia tanpa konflik dan manusia serta bangsa lain berdamai,ianya memang mustahil tetapi tidak salah untuk kita cuba...." Alisa -hanya mahu menjadi manusia normal,dia tidak mahu menjadi mesin pembunuh. "Saya manusia! Saya tak mahu hidup di dalam peperangan! Namun jika peperangan itu adalah tiket untuk saya untuk menjadi manusia..saya akan lakukannya!" Amieroul Amin Al'Zabran -Mage termuda dan berbakat,dia tidak suka dikongkong oleh keluarga dan melarikan diri sehingga ke Mentari. "Apa guna jika dipanggil prodigy,kalau hidup seperti burung di dalam sangkar? Aku mahu bebas!" Adam Al'Ibrahim -lelaki yang tenang dan sentiasa tersenyum,tiada siapa tahu apa yang dia fikirkan. "Terlalu banyak air mata aku gugur,air mata aku sudah lama kering...aku tidak akan menangis lagi.."

More details
WpActionLinkContent Guidelines