Ombak Janji Terakhir
  • Reads 23
  • Votes 10
  • Parts 10
  • Reads 23
  • Votes 10
  • Parts 10
Complete, First published Dec 09, 2024
Alexander, Mason, dan Nathan Argantara adalah tiga beradik yang membesar dengan impian bersama - menjadi anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) seperti ayah mereka. Namun, impian itu terhenti sekelip mata selepas satu tragedi meragut kebahagiaan mereka. 

Nathan, si bongsu, mengalami kecederaan parah yang memaksanya menghabiskan hidup di kerusi roda. Demi menjaga adik yang mereka kasihi, Alexander dan Mason rela melepaskan cita-cita mereka.

Namun, Nathan enggan menjadi penghalang. Dengan penuh tekad, dia meyakinkan abang-abangnya untuk mengejar impian meskipun perpisahan itu menoreh luka di hati mereka. Sebelum berangkat, Alexander dan Mason berjanji kepada Nathan, "Kami akan pulang."

Tetapi takdir lebih kuat dari janji. Dalam satu misi di tengah samudera, Alexander dan Mason gugur, ditelan laut yang menjadi saksi bisu keberanian mereka. Jasad mereka tidak pernah ditemui, hanya kenangan dan janji yang masih bergema di hati Nathan.

Kini, Nathan berjuang memegang janji abang-abangnya - untuk hidup dengan kekuatan dan harapan, meskipun ombak telah membawa pergi dua insan yang paling dicintainya.
All Rights Reserved
Sign up to add Ombak Janji Terakhir to your library and receive updates
or
#27forever
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 9
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) cover
Violet [Complete] cover
ustazah Roslina part 1 cover
SEBELUM KITA (OG) cover
CINTA TERAKHIR ( OG ) cover
His Hyper Wife [Complete] ✓ cover
Sepupuku Yg Pertama #shortstory cover
His Señorita: 𝑸𝒂𝒊𝑭𝒂 ( COMPLETE )✅️ cover
Bila Hati Bisik Cinta (✅ Completed) cover

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)

61 parts Complete

Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn