FAWWAZ HAMZAH: SINAR YANG KEMBALI
36 parts Ongoing بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
❝ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, hamba menamakan anak ini Fawwaz Hamzah Amrullah. ❞
Kelahiran ini memberi makna yang cukup besar buat dunia Islam yang telah lama malap. Cukup untuk memberi tanda bahawa dunia yang malap telah disinari dengan cahaya yang sudah lama hilang.
Fawwaz Hamzah Amrullah Ibn Nazeer Ahmad. Anakanda kepada Khalifah Nazeer, pemerintah Kerajaan Nazariyah. Pemuda yang berbakat dan berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan Allah SWT.
Diberi tanggungjawab memikul tugas khalifah menggantikan ayahandanya di usia yang muda, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama. Dengan dibantu oleh adinda yang dikasihi.
Ahmad Izzuddin Al-Hadi, menjadikan Fawwaz Hamzah sebagai sang idola sekaligus kakanda yang paling disayangi. Bersama mereka memajukan Dinasti Nazariyah dalam usaha meluaskan tanah jajahan Islam itu dengan lebih jauh.
❝ Wahai Ibnu Nazeer, sudikah engkau bersama dengan kakanda memikul tanggungjawab ini? ❞ - Fawwaz Hamzah
❝ Demi Allah, walaupun nyawa berpisah daripada badan, aku akan tetap bersama dengan kakanda sehingga ke akhirnya. ❞ - Ahmad Izzudin
⚠️ No Plagiat
⚠️ Rekaan Semata-mata
⚠️ Typo Alert
⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu
Cover By: @yyouraphrodite / @tsweetestrain
Started: 12/11/2024
Ended:
©PutraRize_
©2024