---
Melur Sofea , seorang gadis pendiam dengan bakat seni yang luar biasa, memasuki sebuah asrama elit selepas mendapat biasiswa. Namun, di sebalik tembok megah asrama itu, tersembunyi gelapnya dunia buli yang diketuai oleh Alya dan gengnya, para senior yang tidak senang melihat Melur berjaya.
Setiap hari, Melur meluahkan rasa sakit hati dan duka dalam lukisannya. Namun, semua berubah apabila sebuah lukisan misteri yang dilukis secara tidak sedar menarik perhatian seorang pelajar lelaki senior, Adrian Zafran, yang juga terkenal sebagai pelindung 'bayangan' asrama itu.
Adrian mula mendekati Melur, bukan kerana simpati, tetapi kerana dia merasakan ada sesuatu dalam lukisan Melur yang mengungkap kisah silamnya sendiri. Semakin mereka rapat, rahsia hitam asrama itu mula terbongkar-rahsia yang mengaitkan Alya, Adrian, dan Melur dalam satu lingkaran dosa dan dendam.
Melur terperangkap antara cinta, dendam, dan keinginan untuk membebaskan dirinya dari trauma. Mampukah dia mengubah nasibnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam bayangan 'lukisan duka' yang menghantuinya?
---
Rose Zinirah-seorang cantik rupawan seperti bunga mawar yang indah .Rose merupakan seorang guru PPKI(Program Pendidikan Khas Integrasi)di sebuah sekolah yang terletak di Kedah namun selepas setahun dia menjadi guru disitu dia perlu berpindah ke sekolah di Melaka dia menjadi tak keruan apabila namanya dipindahkan ke SK Kem Terendak Sungai Udang Melaka.Rose amat tidak gemar kerana sekolah itu berhampiran Kem "askar".
Kenapalah dalam banyak-banyak sekolah dekat dengan kem askar juga aku dapat hmm umi Rose tak nak eee tak sukanya-Rose Zinirah
Aleef Zahreen-Perwatakan yang sangat tegas dan digelar sebagai "cobra"oleh anak buahnya di Kem.Sebut sahaja cobra mesti seluruh Kem Sungai Udang itu kenal dengan muka yang beku tetapi sekali buka mulut ayat berbisa yang keluar seperti gelarannya ular tedung merupakan anggota GGK (Grup Gerak Khas)Tentera Darat Diraja Malaysia dengan pangkat Leftenan.
"DATANG TAK DIUNDANG , JIKA RAGU HARAP PULANG"hadam ayat ni betul-betul sebelum pilih nak masuk ke alam komando-Leftenan Aleef Zahreen
Disebakan traumanya dia pilih untuk menghindari lelaki yang berkerja "askar"namun siapa sangka yang dibenci itulah ternyata jodoh di masa hadapan.
Dia masa lalu kau dan aku mungkin masa depan kau , mana tahu jodoh ,maut tuhan yang tentukan jangan ingat lelaki yang kerja askar ni semua perangai sama dengan mamat tenuk tu jangan dibenci sangat kang mendapat kau lelaki kerja askar baru padan muka-Aleef Zahreen
Ish ayat bukan main dah lapuk la bang ayat tu saya memang dah tutup siap-siap pintu hati untuk lelaki kerja askar ni titik awal-awal ja manis padahal kuat test market kat sosmed dasar buaya-Rose Zinirah
# dilarang plagiat
rekaan semata mata
NEW WERSION
start:18 NOVEMBER 2024
completed: