Andai Takdir  ( On Going )

Andai Takdir ( On Going )

  • WpView
    LETTURE 259
  • WpVote
    Voti 38
  • WpPart
    Parti 5
WpMetadataReadPer adultiIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione gio, nov 13, 2025
WpInfo
Narrativa
Storie d'Amore
Farhana Theara tidak pernah menyangka perjalanan remajanya akan seberat ini. Seorang gadis yang polos, lembut hati, dan penuh harapan, Farhana terjebak dalam perasaan cinta pertamanya terhadap Danish Aqmar, pelajar lelaki yang popular, tampan dan penuh aura misteri. Danish bukan sekadar kawan biasa dia adalah dunia Farhana. Segala doa, setiap hela nafas, seakan tidak lengkap tanpa menyebut namanya. Namun, cinta pertama jarang semanis yang dibayangkan. Danish yang pada luarannya kelihatan dingin dan sukar dijangka, menyimpan perasaan yang sama, tetapi egonya terlalu tinggi untuk mengaku. Dia benar-benar menyayangi Farhana, namun sifatnya yang suka memendam membuatkan dia lebih banyak menjauh berbanding mendekat. Cemburu yang membara setiap kali melihat Farhana bersama lelaki lain hanya menambah jurang di antara mereka, kerana Danish terlalu keras hati untuk mengaku. Di saat itu hadir Rafiq Zulkarnain, kawan rapat Danish yang secara perlahan-lahan menjadi tempat Farhana mencari jawapan. Rafiq tidak pernah berniat lebih, namun sikapnya yang prihatin menjadikan hubungan mereka rapat. Semakin dia cuba memahami Danish melalui Rafiq. Ketika rahsia demi rahsia terbongkar termasuk tentang Danish yang diam-diam terlibat dalam persembahan tarian tradisional berpasangan dengan seorang penari perempuan hati Farhana semakin goyah. Kekecewaan bercampur dengan rasa berdosa kerana terlalu taksub dengan cinta remaja membuatkan Farhana nekad berubah. Dia memilih untuk menjaga diri, menutup ruang dosa, dan memulakan perjalanan baharu membina disiplin, memperbaiki hati, mendidik jiwa, serta menjadi lebih yakin dan matang. Namun, tidak semudah itu. Walaupun Farhana cuba mencintai dirinya sendiri terlebih dahulu, setiap kali terserempak dengan Danish, hatinya tetap bergetar, luka lama kembali berdarah. Danish pula, di balik egonya, masih memandang Farhana dari jauh menyimpan cinta yang tidak pernah padam. Kerana pada akhirnya, hanya takdir yang menentukan...
Tutti i diritti riservati
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Racing King

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti