Ummu & Widad

Ummu & Widad

  • WpView
    LECTURES 76,724
  • WpVote
    Votes 6,634
  • WpPart
    Chapitres 45
WpMetadataReadContenu pour adultesEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication ven., févr. 13, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
"Dia tak pernah pinta cinta, tapi dia jatuh pada wanita yang sanggup susah bersamanya..." ━━━━༻❁༺━━━━ Bermula dari satu khilaf, dua jiwa muda disatukan bukan kerana cinta, tapi demi menutup aib yang tak diundang... Widad Al-Yusuf dan Ummu Az-Zahra dipaksa melangkah ke alam rumahtangga di usia yang belum matang, dihimpit rasa bersalah dan maruah yang tercalar. Widad, meskipun dikhianati oleh sahabat sendiri, memilih untuk bertanggungjawab. Bukan kerana rela, tapi kerana prinsip. Ummu pula, tersepit antara kehormatan diri dan kehendak keluarga. Dalam diam, dia cuba memahami lelaki yang menjadi suaminya, lelaki yang kasar di luar tapi luka di dalam. Mampukah perkahwinan yang dibina atas dasar keterpaksaan bertahan saat cinta mula berputik di antara luka-luka yang belum sembuh? Ikuti kisah mereka dalam melayari sebuah perkahwinan muda yang bukan sekadar tentang suka dan duka tetapi perjuangan untuk saling menerima dan menyembuhkan.
Tous Droits Réservés
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • Seindah Akad Kedua (Tajuk Asal : Cinta kedua)
  • ALAHAI CIKGU SAYANGKU (ON GOING)
  • Cerita Aku: Kahwin Muda
  • Dia Akhiri Takdirku
  • Untuk Dia Selamanya | OG
  • TENGKU RYAN FAKHRI [COMPLETE]
  • His Unexpected Love | OG

Rank 1 #sabahanstory (28 september 2019) IRDINA RAHAYU tak pernah menyangka cinta pertamanya membuatkan dia terjerat dalam kancah derita. Dia memberi harapan terlalu tinggi buat Tengku Aiman Firash, sehingga akhirnya lelaki itu meninggalkan Ayu di hari pernikahannya. Paling parah, Ayu sedang mengandungkan anak Firash! Firash hilang tanpa jejak. Ayu jadi buntu! Dihalau dari apartment milik Firash, dianiaya oleh sahabat sendiri. Yang paling parah, tunang sebenar kepada Firash sendiri datang menghuru-harakan hidup Ayu sehingga hampir mati! Di saat nyawa Ayu di ambang maut, dia dipertemukan dengan Emiir Haiqal. EMIIR - Si duda yang dulunya PERNAH berjaya dalam hidupnya. Hanya kerana tersilap langkah, kariernya menjunam. Hanya kerana sifat pemarah dalam diri, bekas isteri menuntut penceraian. Di saat hidupnya mula membaik dan bekas isterinya "hampir" kembali kepadanya, dia dipertemukan dengan gadis yang asing dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Lebih parah, gara-gara Nek Piah yang masih berdendam dengan bekas isteri Emiir, Emiir "terjerat" untuk menikahi Ayu. Memikirkan nasib anak yang dikandung, aib yang dia terpaksa tanggung gara-gara tertangkap basah dengan Emiir, mahu tak mahu terpaksa juga Ayu terima permintaan Nek Piah untuk bernikah dengan Emiir. "Kau jangan ingat aku nak sangat kahwin dengan kau. Aku terpaksa, tapi sebab nenek! Lepas kau lahirkan anak kau, kita takkan ada apa-apa hubungan atas kertas lagi. Aku cuma sayangkan Zara. Bukan Ayu!" - Emiir. "Abang janji nak nikah semula dengan Zara. But how could you did this to me?!" - ZARA. "Ash nak tuntut semula hak Ash! Ash nak tuntut semula Yusuf! Dia anak Ash!" - FIRASH. Semakin banyak konflik yang terjadi, semakin banyak rahsia lama tentang Ayu yang terbongkar! Dalam diam, lahir 'cinta kedua' antara Emiir dan Ayu yang tak pernah terungkap. Mampukah keduanya mempertahankannya di saat Zara menagih kembali kasih Emiir, dan Firash merayu mahukan Ayu dan Yusuf kembali?

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu