SHADOW ORGANIZATION (SLOW UPDATE)
  • Reads 23
  • Votes 1
  • Parts 3
  • Reads 23
  • Votes 1
  • Parts 3
Ongoing, First published Dec 13, 2024
Dalam dunia penuh misteri dan bahaya, wujud sebuah organisasi rahsia yang dikenali sebagai Shadow Organization. Bergerak dalam senyap, organisasi ini bertanggungjawab memastikan keselamatan global daripada ancaman tersembunyi. Diketuai oleh Valen Alessandro, seorang Shadow Commander yang tidak pernah mendedahkan wajahnya, pasukan elit ini melaksanakan misi-misi sulit yang tidak diketahui umum. Valen, dengan kepakaran mengesan ancaman dan kebijaksanaan strateginya, adalah nadi organisasi ini, memastikan setiap pergerakan pasukan tidak dapat dihidu musuh.

Setiap anggota pasukan membawa kelebihan unik mereka. Aryan Luthfi, seorang Tentera Udara Diraja Malaysia. Disisi lain, ia juga pakar bahan kimia berbahaya, adalah senjata rahsia yang mampu melumpuhkan musuh tanpa meninggalkan sebarang jejak. Azrael Luca, seorang penembak tepat dengan rekod tanpa gagal, memastikan keselamatan pasukan dari kejauhan. Karl Luciano pula adalah pakar penyusupan, mampu menembusi kawasan musuh tanpa dikesan, manakala Fawwaz Zhafran, pengintip licik, berfungsi sebagai mata dan telinga kumpulan ini. Hafiz Rayyan, perancang strategi yang tajam akal, merancang setiap langkah dengan penuh ketelitian, memastikan pasukan sentiasa berada selangkah di hadapan.

Namun, di sebalik kejayaan mereka, rahsia gelap mula meresap ke dalam organisasi. Ancaman dari luar dan dalam semakin mendesak, menguji kesetiaan dan kepercayaan pasukan ini. Tekanan misi yang tidak pernah berakhir membuatkan setiap ahli terpaksa berdepan dengan masa lalu mereka yang kelam. Walaupun bersatu untuk melindungi dunia, konflik dalaman mula mengaburi tujuan sebenar mereka.

Di dalam bayang-bayang ini, mereka bertarung bukan hanya untuk keselamatan dunia, tetapi juga untuk menyelamatkan diri mereka sendiri. Dalam usaha membongkar musuh yang tidak kelihatan, adakah mereka mampu kekal bersatu tanpa menghancurkan pasukan dan nilai yang mereka perjuangkan?
All Rights Reserved
Sign up to add SHADOW ORGANIZATION (SLOW UPDATE) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) by Miogazza19
91 parts Complete
Ajal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat menyanyangi adiknya, Muhammad Haider Zulkarnain. Lelaki yang ingin disatukan itu pula merupakan merupakan Kapten kepada kumpulan Black Shadow iaitu Kapten Muhammad Ghazi Al Quds serta memerangkap sahabat baik Haider. Setelah disatukan Hayfa menyangka kebahagiaan yang bakal datang namun derita yang diperolehnya.Apakan daya dia hanya menantu hendak menghalang sifat kebencian yang tinggi mak mertua terhadap dirinya. Dia rela. Dia terima. Kehidupan Nur Hayfa Zinnirah tidak pernah bahagia seperti orang lain setelah kematian kedua orang tuanya. Hidupnya banyak menderita. Allah menurunkan ujian kepadanya dan dia pula sebagai hamba sentiasa yakin dan percaya setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmah dan kebahagiaan untuk dirinya pada masa akan datang. Takdir Allah tiada siapa yang tahu. Percaya dan yakin dengan Allah cukuplah sekadar tujuan kita hidup di dunia yang kecil ini. Mampukah seorang Nur Hayfa Zinnirah menjadi seperti keindahan namanya? Mampukah Muhammad Ghazi Al Quds melindungi dan menjanjikan kebahagiaan buat wanita itu? Mampukah Muhammad Haider Zulkarnain menjaga adiknya? Mampukah Nur Haiza Al Syifa menjadi seorang sahabat yang sentiasa mempertahankan sahabatnya? Sesungguhnya kemampuan itu datang daripadaNya. Dan percayalah jika seseorang itu sudah mempunyai tekad dalam diri,dia akan mampu untuk melakukan perkara yang menjadi tujuan mereka kepada seseorang itu dengan izin-Nya.
You may also like
Slide 1 of 10
Vampire HUNTER X cover
First snow First kiss || yys ✔ cover
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT) cover
TIPS TULIS NOVEL PALING MUDAH cover
HER LOVE STORY cover
Twins Brother | Mark Tuan cover
She's My Flora [HIATUS] cover
You're my favourite voice ✔︎ cover
Ritma Atas Puisi (RAP): Bahagian II cover
Lelaki cover

Vampire HUNTER X

15 parts Complete

Reun-Aa dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. Para umurnya 7 tahun. Satu tragedi menimpa parent dia. Vampire. Itulah yang Reun-Aa pasti.Dia tekad. Dia akan buru semua vampire until dia balas dendam.Demi keluarga dia.