Masih Dengan Awak | Ongoing
  • Reads 9
  • Votes 0
  • Parts 2
  • Reads 9
  • Votes 0
  • Parts 2
Ongoing, First published Dec 14, 2024
2 new parts
Nazhan Akasyah | Tya Insyirah

Nazhan Akasyah atau lebih dikenali sebagai Han. Dia merupakan seorang penyanyi solo terkenal di seluruh negara. Penyanyi terkenal ini mempunyai kehidupan yang lengkap dengan adanya sokongan dari ibu bapa dan peminat-peminatnya. Namun, suatu hari Nazhan telah bertemu dengan seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya,Tya Insyirah.

Tya Insyirah hanyalah gadis biasa yang bekerja di salah satu kafe di Malaysia. Dia hanya mempunyai seorang ibu untuk dijadikan sandaran dan merasai kasih sayang manakala ayahnya telah lama meninggal dunia akibat sakit jantung. Sejak dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai identiti dikenali ramai, hidupnya yang kelihatan gelap mula menjadi berwarna-warni.

Apabila mereka mula saling mencintai, Tya mula memberikan kata perpisahan kepada si encik tunang. Nazhan menjadi kecewa. Selepas mereka berpisah, Nazhan tidak lagi bertemu dengan bekas tunangnya. Lama Tya menghilang sehingga Allah SWT menemukan mereka lagi tetapi dengan situasi yang tidak dijangka.

Persoalannya, apakah alasan Tya untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka? Dan situasi apa yang membuatkan Nazhan tidak henti mengalirkan air mata? Semuanya bakal terjawab dalam Masih Dengan Awak.
All Rights Reserved
Sign up to add Masih Dengan Awak | Ongoing to your library and receive updates
or
#4idol
Content Guidelines
You may also like
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  by thenssya
39 parts Complete
BTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
13 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
60 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
Bukan Aku Tak Cinta cover
Ameliazone [OG] cover
LOVE & YOU cover
GHAZI UQAYL cover
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  cover
Ustaz Faqih Ruzain cover
UNKNOWN  cover
Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW) cover
My Supernova [ C ] cover
Duri di antara kita [ C ]  cover

Bukan Aku Tak Cinta

60 parts Complete

Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja. "Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf." "Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni." Akan hadirkah bahagia buat kami berdua? "Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?" "Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya." Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata? [Cover by @HajahUmiMaswaniHajiM]