(Just Teaser and Blurb available here)
2025?
---
**SINOPSIS**
Dia, seorang wanita yang terbuang dan dihina kerana kekurangan yang dimilikinya. Dia buta, berjuang mencari tempat dalam dunia yang sering menolak keberadaannya.
Dan dia, seorang lelaki yang disanjungi dan dipuja kerana kelebihan yang dimiliki, hidup dalam bayang-bayang harapan dan ekspektasi.
Pertemuan takdir mereka adalah sebuah perjalanan untuk melengkapi satu sama lain, mengisi kekosongan antara kelebihan dan kekurangan yang ada.
Dia, bertekad untuk menggapai cita-citanya yang hanya dia yang tahu, sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya, termasuk memikat hati gadis ini dengan segala daya dan usaha.
"Saya sanggup mengikuti syarat awak," ujar Megat Faris dengan penuh keyakinan.
Ketika dua hati bersatu dan menghabiskan waktu bersama, adakah mereka mampu mempertahankan benteng cinta yang dibina dengan penuh harapan dan cinta?
Tidak.
Ia runtuh dalam sekelip mata, meruntuhkan segala impian yang telah mereka bina.
Dan ia akan terus runtuh jika mereka tetap bersama, terjerat dalam dilema antara cinta dan kesakitan.
Kerana...
Even eyes can't see..
---
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed