NurCinta Aleyna x Zaquen Fahen
Kehidupan. Setiap manusia bermasalah, dan kehidupan tidak bermasalah lah yang dicari ramai, namun bagaimana pula dengan Cinta yang benci kehidupannya yang tidak bermasalah dan bosan?
"Kenapa setiap call adik, benda yang sama je kau orang tanya hah? Adik bosan tau! Adik bosan hidup tanpa masalah?! Kenapa kau orang buat adik ni macam tak layak hidup?! Kalau macam ni baik adik mati je!" - NurCinta Aleyna
Cinta terlalu bosan dengan kehidupannya yang serba sempurna. Dan bagaimana pula dengan Zaquen? Zaquen mempunyai sejuta masalah didalam hidupnya, bahkan rasa fikirannya hampir pecah memikirkan masalah dalam kehidupan nya.
"Best nya hidup kau tanpa masalah. And kau sampai cakap bosan eh kehidupan kau ni? Cik, aku ni, yang bermasalah ni bagai nak gila tau!" - Zaquen Fahen
Cinta mulai tertarik dengan kehidupan Zaquen yang mempunyai berjuta-juta masalah, dari masalah keluarga, kewangan, masyarakat. Cinta mula menyibuk dalam hidup Zaquen, awalnya Zaquen sendiri terasa semak dengan Cinta, tapi saat dia menerima Cinta, hidup dan hatinya mulai tenang bagai tiada lagi masalah. Cinta memberi cadangan yang benar-benar membuatkan masalah dalam hidup Zaquen hilang begitu sahaja.
"Aku baru faham kenapa kau tiada masalah" - Zaquen Fahen
Cinta mulai berputik kerana keakraban mereka, mulai dari berkongsi masalah, menjalani kehidupan bersama sebagai teman rapat, dan melakukan hal yang mereka suka bersama, masalah Zaquen dan kebosanan Cinta hilang macam itu sahaja. Dengan penuh bahagia.
"Thanks, Cik love" - Zaquen Fahen
"Your welcome, Mr. Fox" - NurCinta Aleyna
......
Start:16/12/24
End:?