Dalam dunia di mana keturunan diraja menentukan hala tuju kerajaan, kisah cinta antara Puteri Daisy Beatriceella Vyn Deellaz (Elixie) dari Vryndhacar dan Putera Mahkota Aldrick Zayn Diel Dè'Vassellio (East) berkembang. Elixie, puteri kesayangan Raja Var dan Permaisuri Echel dari Vryndhacar, dikenali dengan keanggunan dan perwatakan lembutnya, namun hatinya sukar untuk ditangkap oleh semua putera-putera diraja. Sebagai anak kedua daripada tiga beradik, dia mempunyai ikatan yang erat dengan adiknya yang ceria, Puteri Gracie, dan abangnya, Putera Mahkota Feroz Mattherick Voz Deellaz (Eagle), yang juga merupakan sahabat baik kepada Putera East. Putera East, anak sulung daripada keluarga diraja Dè'Vassellio di Drakhelion, telah memikul tanggungjawab sebagai pewaris takhta dengan sikap tegas dan dingin. Reputasinya yang kejam dan tidak mesra terhadap orang luar menyembunyikan hati yang penuh dengan perasaan dan debaran, iaitu perasaan cinta kepada Elixie, yang selalu dipanggilnya "Little tiger". Hubungan mereka, yang terjalin dalam hubungan persahabatan dan tanggungjawab semakin mendalam dengan setiap pertemuan. Namun, perasaan itu tetap tersembunyi, malah Elixie sendiri hanya menganggapnya sebagai sahabat abangnya. Dalam kisah yang penuh dengan kesederhanaan, dan kesetiaan dalam hubungan yang diliputi kesempurnaan, Melody of Light mengisahkan tarian yang halus antara dua jiwa yang ditakdirkan untuk bersama. ________________________ "Aku akan selalu ada untuk kau , my little tiger" ~ Putera Mahkota Zayn Hak Cipta Terpelihara © 2024All Rights Reserved
1 part