58 parts Ongoing Pesan Daiyan pada hati, ini semua kifarah yang harus dilalui. Sebab itu, dia perlu sabar dan kuatkan diri.
Namun sekuat mana Daiyan cuba, pada satu saat tetap akan rebah jua. Kerna, dia cuma manusia biasa. Lemah dan tak terdaya.
Hanya kepada tuhan sahaja dia mencurahkan segala rasa ketika tiada siapa di sisinya.
Pintanya hanya satu; Tuhan,akhiri deritaku. Cepat atau lambat hajatnya terkabul, biarlah masa jadi penentu.
Tetapi mengapa?
Saat doanya dijawab, saat keadaan menjadi seperti sediakala, Luth juga datang merayunya?
Tidak cukupkah segala kesakitan yang dulu dia pernah himpunkan?
Dari dendam menjadi cinta?
Sumpah Daiyan tak percaya!
"Hubungan yang tak ada hala tuju tu pun boleh jadi bermakna, kalau abang dan Daiyan sama - sama berusaha,"
"Saya rasa awak masih tak faham ni Luth. Mana mungkin hati awak yang dulu penuh dengan dendam tiba - tiba boleh berubah jadi cinta?"
"Dan Daiyan tak lupa kan, Allah itu maha membolak - balikkan hati?"