His Little Angel by Edryanna Rose
  • Reads 8,733
  • Votes 404
  • Parts 11
  • Reads 8,733
  • Votes 404
  • Parts 11
Ongoing, First published Dec 17, 2024
E N D R A   N U F A E L     •      A N G G U N   Y A R R A
B Y    E D R Y A N N A    R O S E

  

Jalan cerita hidup Anggun Yarra berubah apabila dia diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mana majlis perkahwinannya bakal berlangsung. Motif? Tidak tahu. Punca? Lagilah tidak tahu! Tapi dirinya disimpan rapi selama 2 bulan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli keluarga. 

"Tak, sekarang ni kenapa awak culik saya? Saya buat salah apa dekat awak? Awak dah hancurkan majlis kahwin saya tahu tak?!" - Anggun Yarra -

"Gila ke apa nak biarkan isteri sendiri kahwin lagi sekali? Takkan ada lelaki yang nak biarkan isteri dia kahwin lain. Menyimpang agama namanya." - Endra Nufael - 

Hairan, selama dia hidup 25 tahun rasanya tidak pernah sekalipun dirinya diijabkabulkan oleh sesiapa. Dia masih bujang dan kini sedang bercinta dengan lelaki pilihannya sendiri, Doktor Umayr. Cuma, ada satu ketika itu dia kemalangan dan segala memori terhapus begitu sahaja. Segala kenangan pahit dan manis hilang tanpa meninggalkan satu debu pun. 

"Mama takkan izinkan Endra jejakkan kaki dekat dalam rumah ni, Yarra. Dia dah hancurkan keluarga kita. Takkan Yarra nak hidup dengan lelaki kotor macam ni?" - Puan Marissa -

Keadaan semakin genting. Sedikit demi sedikit memori lama mencalit satu per satu ruang di dalam kepala. 

"Awak bunuh ayah saya sebab dia berhutang dengan awak? Bila awak serba salah tengok saya bersedih, awak kahwin dengan saya untuk tebus kesalahan jijik awak tu kononnya nak jadi pengganti ayah saya. Kejamnya awak, Endra." - Anggun Yara -

"Maafkan abang, sayang. Tapi abang tak pernah tipu perasaan abang sendiri. Abang memang cintakan Yarra." - Endra Nufael -

"Saya bersumpah, takkan ada ruang sikit pun dalam hati saya untuk awak. Dan jangan bermimpi untuk saya balas cinta awak, Endra Nufael." - Anggun Yarra -

Kecewanya hati, Tuhan saja tahu. Mampukah Endra merebut hati Yarra semula atau lafaz talak saja jalan terakhir? Nantikan. 


© ALL RIGHT RESERVED
All Rights Reserved
Sign up to add His Little Angel by Edryanna Rose to your library and receive updates
or
#69novelmelayu
Content Guidelines
You may also like
TENGKU HARIT DANIAL (OG) by HazzelcAvellana
54 parts Ongoing
POV1 (2017-2024) Dia unik, sangat unpredictable! Baru aje tiga bulan dia mengenali seseorang yang mula dianggap istimewa dalam hidupnya, orang tersebut pula boleh lempar tahi kat wajah dia. Myra Dhya fed up, menyampah, bengang dengan diri sendiri yang asik-asik kecundang dalam dunia percintaan. Agaknya kan, dah tiba masanya dia reda dengan ketentuan Ilahi, seorang Myra Dhya telah ditakdirkan bersendiri hingga akhir hayatnya. Tapi masa hati dipujuk untuk menerima takdir, datang pula dua malaun yang dulunya menabur janji, kini dirayu semula janji mereka macam orang miskin tak bertempat. "Saya tahu saya pernah lukakan awak. Tapi itu tak bermakna saya tak layak dapat peluang kedua, Dhya." Azharul Aiman. "Dhya, maafkan Fiq. Fiq janji Fiq takkan buat benda macam dulu lagi. Fiq janji Fiq bertanggungjawab atas segala apa yang pernah Fiq buat kat Dhya. Can you just forgive me... " Iqram Fiqri. Tak habis dengan dua orang tu, muncul pula orang ketiga yang Myra sendiri tak harapkan. Bukan main drama sangat pula tu punca pengenalan mereka. Hanya sebab tertukar telefon semasa mereka menghadiri majlis pernikahan kawan baiknya, Myra terpaksa jadi date mamat mesra alam itu tak pasal-pasal. "Excuse me?" Myra Dhya "Oh, lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Harit Danial, selamat berkenalan." Tengku Harit Danial Myra tahu, bukan mudah baginya untuk mengcloroxkan cita-cita dua orang ex tak guna dia tu untuk memilik cintanya kembali. Tapi kemunculan Harit Danial pula makin rumitkan keadaan. Lagilah bila Harit Danial kata... "Banyaknya yang nakkan awak, kan? If that so, I want to join this competition too. Because I also want you." Tengku Harit Danial.
My Adopted Brother Mr. Mafia  by BulletEyeShadow
9 parts Ongoing
Tengku Zharriell Qays Asher Lelaki yang sangat dingin dan kejam. Dia mempunyai segala-galanya, kekayaan yang tidak ternilai, rupa yang menakjubkan, rumah mewah, kereta dan kenderaan lain yang hampir mencecah trilion ringgit. Dia merupakan seorang CEO ZQA's Corporations Group dan pemilik Bee Hotel. Dia juga seorang ketua mafia yang sangat dingin, kejam, menakutkan dan digeruni di seluruh dunia. Memukul, menyeksa, membunuh dan bermandi darah adalah hobi kegemarannya. Sophia Isabelle Riverra Seorang gadis yang cantik, comel dan nakal. Setiap hari ada sahaja akal untuk mengusik orang sekeliling. Kecacatan yang dimilikinya dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Setiap hari ada sahaja caci maki yang meniti dibibir orang sekeliling terhadap dirinya. Hadirnya seorang lelaki yang menerima kekurangan dirinya seadanya. Dia dilayan dengan baik seperti puteri raja, sentiasa dilindungi dan dijaga dengan baik oleh lelaki itu. Di mata lelaki itu, dia bagaikan gadis yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. "Kalau sayang rindu abang, sayang tengok pokok yang ditiup angin - Tengku Zharriell "Kenapa semua ni jadi, abang? Adik tak sanggup kehilangan abang - Sophia Isabelle "Kau kena terima hakikat Zharriell dah tak ada- Dryan Kehilangan terbesar dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Gadis itu bertukar menjadi seorang yang dingin dan tidak berperasaan serta-merta. Hidupnya terasa kosong tanpa cahaya, hati dan jiwanya mati seperti hati dan jiwanya dirampas oleh lelaki itu.
TUAN RAYDEN {COMPLETED} by syahh009
35 parts Complete
First author nak cakap, bagi yang dah baca buku author (maskmana Ketua aku season 1) rasa nya dah tahu kot. Ok² tak pe². Author ulang. Ehem!! Tepi sikit! Orang hensem nak lalu!. Rayden Faiz Sapa sahaja tak kenal. Dengan paras rupa nya sempurna, mata berwarna coklat cair dan mempunyai kekayaan yang diidamkan setiap orang. Hanya melihat sahaja, para² hawa terpikat dan menjadi kegilaan. But..sapa tau yang dia ni bekas ketua mafia? Hah? Mafia?!. ye..kau tak salah Dengar. Berkerja sebagai bawahan yen Lan, anak buah Maskmana. Freya farisha Seorang gadis yang lemah lembut dan polos. Mempunyai mata hanzel, membuatkan para lelaki tertarik dengan freya. Senyuman nya yang manis dan mempunyai lesung pipit. Hanya kerana sebab yang tidak masuk akal, mereka akan disatukan dan hal ini cukup membuatkan rayden membenci freya. Freya yang tidak tahu erti putus asa, berusaha mencairkan dan memikat rayden yang keras dan beku. "Awak. Kenapa awak menjauh dari saya?" Soal freya. Rayden dengan paksa memandang freya. "Sebab aku benci kau! Kalau kau tak nak aku benci, kau batalkan perjodohan ni. Blah! Berambus dari hadapan aku dan hidup aku!." Kata² yang sangat menusuk. Disangka freya tidak melakukan namun dia salah. Freya ikut kata²nya. "Aku menyesal! Aku buang dia macam sampah! Aku buang permata berharga!" Ia melempar phone. Airmata mengalir tanpa diminta. Disaat freya pergi, disitu juga dia merindu kan si gadis kecil itu. Tapi mustahil..dia dah pergi dan takkan kembali. Apabila Gadis kecil nya kembali, dia tidak lagi seperti dulu. Dia balik dengan keluarga baru Dan seorang anak. Dia terlambat.. Adakah rayden mengalah atau menunggu gadis kecil nya? Nak tau silakan baca!. 100% idea dari otak author! Dilarang mencuri!
You may also like
Slide 1 of 10
Bayangan Cinta cover
TENGKU HARIT DANIAL (OG) cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
My Adopted Brother Mr. Mafia  cover
Untuk Satu Tahun [Ebook And Novel Fizikal] cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
 LA's: His Precious 2 (HIATUS) cover
Jika Ini Takdirku (C) cover
TUAN RAYDEN {COMPLETED} cover
HAMZAH EDUARDO: The Heartless Prince | ebook  cover

Bayangan Cinta

53 parts Ongoing

ATHUR HAYF X AIRIS MEDINA PERTEMUAN YANG DISENGAJAKAN OLEH ATHUR HAYF TELAH MENAIKKAN DARAH SEORANG AIRIS MEDINA. "ehhh buta ke apa?! tak nampak ke orang tengah jalan! mata ada kan?!! Then, jalan guna mata bukan main melolong je!!!" TETAPI DIA BAGAIKAN BERCAKAP SEORANG DIRI KETIKA INI KERANA TENGKU ATHUR HAYF HANYA INGIN MELIHAT WAJAH INI DENGAN LEBIH DEKAT. "you will be mine, Airis !" ATHUR HAYF. KETUA MAFIA YANG DIGELAR DENGAN PANGGILAN XIN. MERUPAKAN ORANG YANG SANGAT DITAKUTI DALAM DUNIA GELAP MEREKA DENGAN SIFATNYA YANG BERSAHAJA TETAPI BOLEH MENJADI ORANG YANG SANGAT BERBISA DAN DIA JUGA MERUPAKAN SALAH SEORANG ANGGOTA TUDM DALAM MENYEMBUNYIKAN IDENTITINYA DARI PIHAK MUSUH. AIRIS MEDINA. SEORANG PENULIS NOVEL YANG MEMPUNYAI RUPA PARAS YANG CANTIK JUGA SEORANG YANG MURAH DENGAN SENYUMAN. TETAPI DISEBALIK ITU, HATINYA SENTIASA MERINDUI SESEORANG WALAUPUN DIA SENDIRI TIDAK TAHU SIAPA ORANG YANG DIRINDUINYA SELAMA INI. SIAPA AIRIS BUAT HAYF DAN MAMPUKAH LELAKI ITU MEMILIKI HATI SI GADIS SEDANGKAN HATINYA DIHUNI DENGAN PERASAAN RINDU ?