66 parts Complete MatureHoly Wolf mengisahkan perjalanan empat individu luar biasa: Eleanor, Asher, Lucas, dan Lorenzo, yang hidup sebagai satu pasukan elit. Mereka bukan sahaja pakar dalam misi berbahaya, tetapi juga membawa kisah persahabatan, cinta, dan kepercayaan.
Eleanor, satu-satunya wanita dalam kumpulan, dilihat sebagai "bidadari yang dijaga rapi." Dengan pesona dan kekuatan, dia menjadi tumpuan, tetapi adakah kecantikan itu sebenarnya pelindung bagi luka lama? "Aku tak pernah perlukan perlindungan... kecuali dari kau, Asher," kata Eleanor.
Asher pula, lelaki dingin tetapi penuh karisma, hanya lembut apabila bersama Eleanor. "Aku takkan biarkan sesiapa menyentuh dia, walaupun dunia runtuh," katanya, mencerminkan cintanya yang mendalam.
Freya, si kecil bijak yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka, membawa humor dan misteri. "Why so serious, Uncle Lucas? You look like a grumpy cat!" katanya, menceriakan suasana tegang dalam kumpulan Holy Wolf.
Holy Wolf adalah kisah yang penuh teka-teki. Siapakah mereka sebenarnya, dan apakah rahsia yang mereka sembunyikan di sebalik nama Holy Wolf?