KARYA KEDUA Cinta di Sebalik Kata, Di Sebalik Rasa Izzara Qistina, seorang pereka grafik freelance, hidup dalam dunia yang penuh warna dan kreativiti. Namun, di sebalik kejayaannya, dia sering merasa kosong seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam hidupnya. Dia percaya bahawa cinta hanyalah sekadar kata-kata manis yang mudah diucapkan tetapi sukar dibuktikan. Kemunculan Rayyan Faliq, seorang peguam muda yang soft-spoken dan penuh ketenangan, mula mengubah perspektifnya. Tidak seperti lelaki lain, Rayyan tidak berusaha memikat dengan kata-kata indah, tetapi dengan perbuatan kecil yang penuh makna. Tanpa sedar, Izzara mula bergantung pada kehadirannya, walaupun dia enggan mengakuinya. Namun, cinta mereka diuji dengan pelbagai cabaran. Rahsia yang tersembunyi dalam keluarga, tekanan kerjaya, serta kehadiran orang-orang di sekeliling mereka abang Izzara, Aidan Zaharhin, yang cuba mendekati Hanna, sahabat baiknya, dan juga kisah cinta rakan mereka, Irdina dan Haikal menjadikan perjalanan mereka semakin berliku. Di sebalik kata-kata yang tidak selalu terucap, di sebalik rasa yang sukar diungkap, mereka belajar bahawa cinta sejati bukan hanya tentang janji manis, tetapi tentang keikhlasan, kesabaran, dan kesediaan untuk berkorban. Adakah Izzara akhirnya akan menerima bahawa cinta bukan sekadar kata-kata, tetapi juga tindakan yang datang dari hati? Dan mampukah Rayyan terus bertahan demi membuktikan cintanya? Sebuah kisah tentang ketulusan, pengorbanan, dan makna sebenar cinta yang melangkaui sekadar ungkapan manis.All Rights Reserved
1 part