23 parts Ongoing ﷽
- SYUHADAH 11th BOOK
Fikirnya, kehidupan akan sedikit berubah setelah bergelar pelajar asrama, rupanya semakin banyak dugaan melanda bak ribut di tengah samudera. Mujurlah ada insan-insan yang baik di sekeliling menjadi pemangkin semangatnya untuk bangkit.
"Kalau dia orang buli Hud lagi, beritahu kami semua."
Meskipun begitu, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah.
Diuji dengan kehilangan membuatnya jatuh di dasar lautan kesedihan.
"Kenapa... kenapa semua tinggalkan Hud?"
Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung sakit sendirian - seperti kebiasaannya. Semakin usia menginjak dewasa, semakin dia dipertemukan dengan pelbagai ujian.
Namun, di sebalik ujian yang menimpa, hikmah itu pasti berada di penghujungnya. Setinggi mana pun gunung penderitaan, bahagia itu pasti akan muncul jua.
"Saya kagum dengan awak. Dan awak antara punca saya berubah ke jalan ini."
Hud Hazwan.
Insan biasa yang tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun kadangkala ia hadir. Insan yang hadapi segalanya dengan tabah. Insan yang dihina kerana kecacatan, namun dia tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai perencat kekuatannya.
"Ayah menyesal, along. Ayah minta maaf."
"Esok mungkin lebih indah."
Terimalah, HUD 2.
START: 4 FEBRUARI 2025
END: NOT YET