Dalam Cafe Lewat, Bong-nama pena seorang lelaki biasa-menghidangkan kisah santai yang penuh dengan renungan rawak dan cerita-cerita kecil dari sudut hidup. Buku ini lahir waktu dia tengah hisap rokok Suria (yang pahit gila tu, katanya) sambil termenung, cuba cari makna dalam kebosanan.
Bong bercerita tentang "pakcik-pakcik perkasa"-ayah-ayah kita yang selalu ada vibe misteri. Kenapa mereka suka termenung lama, hirup kopi yang kelat, atau duduk dalam kereta lepas balik kerja? Apa sebenarnya yang mereka fikirkan?
Ditulis dalam gaya loghat dan nada selamba, Cafe Lewat sesuai dibaca waktu malam, sambil layan lagu indie atau apa-apa yang bikin kepala tenang. Tak ada agenda berat, cuma kisah hidup biasa yang buat kita rasa dekat.
Santai, rileks, dan penuh jiwa-macam kopi pekat di waktu lewat malam.