10 parts Ongoing "Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Aku ceraikan kau dengan talak satu."
Senang bagi seorang lelaki bernama Shinomiya Shinji a.k.a Shinji Shah Abdullah melafaz cerai Nur Huda Maisarah. Apabila Huda ingin tahu apa salah dirinya sehingga sanggup Shinji berbuat begitu, dia hanya berdiam diri.
Jiwa Nur Huda Maisarah berkecai seribu. Hatinya mati dengan perbuatan Shinji. Namun dia bukan seorang wanita yang hanya akan menangis kerana lelaki. Akan dia buktikan kepada Shinji bahawa kehidupan tanpa lelaki tersebut akan bahagia selama-lamanya.
Melibatkan Huda dalam dunia berbahaya yakuza bukan keinginan Shinji. Jika diberi pilihan semula, dia akan pastikan Huda jauh dari seorang yakuza sepertinya. Namun siapa dia hendak menidakkan ketentuan Ilahi. Hati beku menjadi cair dengan telatah Huda. Tanpa sedar Shinji mengenali apa itu cinta.
Kejadian yang membuatkan dia hampir kehilangan Huda menggetarkan seluruh tubuhnya. Dialah punca Huda tersakiti. Jadi, dia perlu berlalu pergi dari hidup wanita yang paling dia sayang.
Lima tahun yang berlalu merupakan jangka masa yang lama. Huda sudah lupakan semua kisah silam. Tiba masanya dia memberi peluang kepada diri sendiri untuk bebas dari kenangan dan teruskan dengan harapan.
"Lama tak jumpa." -Shinji
"Berani kau tunjukkan muka di depan aku?" - Huda
Shinji kembali untuk merebut hati Huda kembali tetapi Huda sedikit pun tak mempedulikan kehadiran Shinji. Bagi Huda, setelah perceraian tersebut dilafazkan, sesekali dia tak akan berpusing belakang.
"Give me another chance. I love you, Huda" -Shinji
"I hate you with all my heart. Berambus!" -Huda
Bagi Shinji apa yang dilakukannya adalah satu jalan untuk selamatkan cinta hatinya. Bagi Huda, keputusan Shinji merupakan satu pengkhianatan bagi dirinya.
Dapatkah Shinji menawan semula hati Huda?
Adakah Huda akan terus berkeras hati menolak Shinji?
Yakuza dan gadis biasa? Adakah sinar buat mereka berdua?