Di sebalik keheningan yang mengelilinginya, Nurina Imani hidup dalam dunia yang hanya dia fahami. Sejak peristiwa yang mengubah hidupnya, suara yang pernah menjadi sebahagian daripada dirinya kini hilang tanpa jejak. Meskipun kata-kata tak lagi mampu menggambarkan perasaan, buku-buku menjadi teman setia, memberi ruang untuknya bernafas dalam kesunyian.
Namun, kehidupan membawa dia berhadapan dengan Izhan, seorang lelaki yang tidak hanya melihat dia dalam keheningan, tetapi juga merasakan setiap kesakitan yang tersembunyi dalam dirinya. Izhan tidak memerlukan suara untuk mencintai Nurina. Tanpa berkata, dia tahu bahawa cinta bukan hanya tentang kata-kata, tetapi tentang tindakan yang memberi harapan dan penyembuhan.
Adakah Nurina akan mampu mengharungi perjalanan panjang penyembuhan ini?
Akankah dia menemui kembali sinar yang hilang dalam hidupnya?
Dalam kebisuan yang mendalam, apakah cinta itu mampu menjadi cahaya yang menuntun jalan?
🗨️ Cerita saya yang pertama :) Ringan tetapi harap penuh dengan makna buat para pembaca.
🖂 Sebuah cerita yang tak terlalu berat plot nya tetapi secara ringkas menceritakan kisah Nurina atau Rin yang ingin mencari kebahagiaan dalam hidupnya setelah sekian lama dalam kesunyian.
Kehadiran seorang Rayyan Izhan seperti sinar cahaya yang bertahun lamanya dicari.
'I was enchanted to meet you'
Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kejayaan sehingga mempertaruhkan tahap kesihatan mentalnya sendiri. Sehinggalah suatu saat, pertemuannya dengan lelaki itu mengubah segala galanya.
"When I see you, I always feel calm for no reason. You made my day just by exist." - QAIRA ALANA.
Seindah itu kah kisah perjalanan mereka? Adakah cinta Qaira tidak akan terbalas sehingga ke akhirnya? Kenapa di saat Rifqi mula menerimanya, pelbagai masalah dan salah faham mula timbul?? Apa sebenarnya erti bahagia? Adakah dia tidak layak untuk bahagia seperti orang lain?
"Hidup memerlukan perjuangan, tak ada salahnya kita berjuang demi kebahagiaan sendiri" - TENGKU RIFQI AYDEEN.
....maybe happiness is not for me...?
⚠️ One bowl of sugar
⚠️ Harsh and sarcsm words
⚠️ Two cups of Violence
⚠️ No plagiarism