Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi.
Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti.
Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta.
Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh.
Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka.
Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu.
Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed.
Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya.
Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu.
Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk
menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu.
"Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa
"Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum
"I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum
Start : 29 januari 2025
End :
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠-
♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡
★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★
★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★
✧Terselitnya kesudahan kisah Hector's Family iaitu anak-anak buah Denizz✧
Dihalau keluar dari rumah pada usia yang begitu muda oleh keluarga sendiri tidak menjadi masalah baginya untuk terus menjalani kehidupan di atas muka bumi yang indah ini.
"Kita semua tahu apa yang dia nak, kaki kelab, kaki botol. Marilah sedekahkan kasih sayang beramai-ramai." - Danyeal Indra Hector.
Terlalu banyak 'bala' yang dilakukan oleh Si Hero sehingga menyebabkan orang sekeliling tidak berpuas hati dan akhirnya menyimpan dendam yang begitu mendalam terhadapnya.
"Nasib baiklah aku ni tak ada darah tinggi dan sakit jantung semua tu kalau tak, dah lama aku 'jalan', betul tak sayang?" - Denizz Indro Hector.
Kisah seorang lelaki yang lebih gemar mencipta kehidupannya bersama rakan-rakan berbanding keluarga sendiri. Segala yang berlaku telah mengubah diri asalnya menjadi seperti sekarang namun hidupnya tetap 'tersangkut' dengan keluarga mafia itu.
"Please... aku dah penat nak paksa kau, Naylisa. Hati aku sakit setiap kali dengar jawapan dan alasan yang sama."
Hidupnya berubah 360 darjah akibat diuji dengan satu masalah besar yang langsung tidak boleh diterima dek akal fikirannya.
※ Cerita Saya, Gaya Saya
※ Kata-kata kesat? Ada tapi minta tolong jangan guna dalam dunia realiti. Ianya terlalu teruk.