Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]

Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]

  • WpView
    LECTURAS 74,257
  • WpVote
    Votos 2,347
  • WpPart
    Partes 87
WpMetadataReadConcluida dom, ago 31, 2025
Satu kejadian yang berlaku membuatkan kedua-dua insan itu bertemu. Nur Maisarah Azzahra seorang wanita yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan sedang mencari pekerjaan. Dirinya yang dianggap serba tidak guna dan dibesarkan dengan penuh kebencian oleh darah daging sendiri. Kematian ibubapa diusia yang muda membuatkan Zahra membesar tanpa mengetahui apa itu rasa disayangi atau dicintai. Dirinya mengunci pintu hati bagi mengelakkan dari terluka. Tengku Mikhail Al-Fateh, seorang jejaka yang mengambil alih syarikat keluarganya setelah pulang dari negara itali. Dikelilingi oleh orang yang tersayang membuatkan dirinya menjadi seorang yang disenangi oleh ramai orang. Hidupnya yang dikelilingi oleh lelaki selain ibunya membuatkan Fateh menjadi kekok apabila bertemu dengan mana-mana wanita. Lebih mementingkan keluarga serta kerjayanya berbanding orang luar yang tiada kaitan dalam kehidupannya. Hadirnya Zahra dalam kehidupannya membuatkan jejaka itu menjadi tidak keruan. Tembok yang didirikan Zahra membuatkan Fateh ingin mengenali wanita itu dengan lebih lagi. "Jurang antara kita terlalu besar encik, bukan saya yang sepatutnya encik berikan kata-kata tersebut..." - Zahra "Awak takkan dapat ubah apa yang saya rasa zahra, hanya awak untuk saya..." - Fateh Takdir telah menemukan mereka semula dibawah satu ikatan. Fateh berusaha untuk meruntuhkan dinding yang berada diantara mereka. "Zahra taknak kecewakan abang, izinkan Zahra untuk berundur diri sebelum abang terluka..." - Zahra "Biarkan abang masuk dalam hati sayang, biar abang leraikan rantai yang membelit hati awak supaya abang dapat tunjuk yang hanya Nur Maisarah Azzahra akan menjadi bidadari syurga abang..." - Fateh Adakah takdir telah tertulis buat mereka? Apakah yang akan berlaku? Bolehkah Fateh membuka pintu hati Nur Maisarah Azzahra untuk mengenali apa itu cinta? Start: 24 September 2024 End: 1 September 2025
Todos los derechos reservados
#325
romance
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • KIDULT [OG]
  • CINTA MATIKU
  • Isteri Bisuku (New Version)
  • She, My Exception (REVAMP)
  • Catatan kisah kita (E-BOOK)
  • ZAFRAN'S: His Precious Belle [TERBIT]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • ADRIEL'S : His Dearest Destiny (TERBIT)
  • JANGAN HAMPAKAN CINTAKU [COMPLETED]

𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀 𝒗𝒐𝒍. 𝟏 IRDINA AISHA, anak sulung yang menjadi harapan kedua orang tuanya. Kehidupan yang sederhana di kampung sudah cukup memberi rasa bahagia dalam hidup mereka sekeluarga. Impiannya hanya satu iaitu membanggakan kedua ibu bapanya dengan memberi kejayaan kepada mereka. Namun, takdir berkata lain. Kedua ibu bapanya pergi dalam sekelip mata, meninggalkan amanah yang amat berat untuk dia pikul. Dina hilang arah tujuan sehingga dia nekad untuk berhenti belajar demi menyara adik-adiknya yang masih bersekolah. "Akak akan pastikan kita tidak berpisah. Walau apapun yang berlaku, kau orang semua akan membesar bersama depan mata akak." Itulah janji yang diucapkan. Walaupun dia tahu ianya tidak mudah, tapi dikuatkan jua mental dan fizikal supaya terlihat kuat di hadapan adik-adiknya yang lain. Mimpinya yang satu itu turut sama terkubur bersama kedua orang tuanya. "Aku penat... Penat sangat..." Disaat Dina jatuh tersungkur dengan ujian yang tidak habis-habis menimpa dirinya. Dia hadir sebagai penyembuh luka dan sumber kekuatan bagi Dina untuk terus bangkit. "Kalau kau perlukan apa-apa, bagitahu aku. Aku akan cuba bantu." Dia yang dulu dianggap sebagai musuh kini muncul sebagai sahabat. Dalam diam, cinta mula berputik sehingga mereka nekad untuk mengikat hubungan ini dengan ikatan yang suci. "Aku akan jadikan kau ratu dalam istana yang akan kita bina. Itu janji aku." Namun takdir sekali lagi seperti tidak ingin dia bahagia tatkala satu rahsia besar terbongkar. Hatinya hancur berkecai bak kaca apabila mendapat tahu satu hakikat yang agak pedih untuk ditelan. "Dina dengan dia tak boleh berkahwin!" Dirinya buntu. Luka yang mula sembuh kembali berdarah. Saat itu, dia hanya mampu berserah kepada Yang Maha Kuasa. Mengharap ada sinar selepas gelita. "Izinkan aku bahagia walau hanya sebentar." MULA: 7-02-2025 TAMAT:-

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido