Azraie Anaqi, seorang pensyarah muda yang berdedikasi, menjalani kehidupan penuh disiplin di universiti tempatnya mengajar. Di sebalik kejayaan dan penghormatan yang diterimanya, hatinya masih dibayangi kenangan lama tentang seorang gadis bernama Ameena Sofia, cinta pertamanya di zaman persekolahan.
Takdir mempertemukan mereka semula apabila Ameena, kini seorang pelajar pascasiswazah, mendaftar di bawah bimbingan Azraie. Pertemuan itu mencetuskan semula perasaan yang telah lama terpendam dalam diri Azraie, namun Ameena kelihatan berbeza-lebih matang tetapi penuh rahsia.
Dalam usaha untuk mendekati Ameena, Azraie mendapati bahawa Ameena sedang berjuang melawan trauma silam yang mempengaruhi keyakinannya terhadap cinta. Di antara jadual kuliah, konflik dalaman, dan cabaran hidup, mereka berdua cuba mencari semula erti kepercayaan dan kebahagiaan.
Saya tidak ada keistimewaan dan sesempurna wanita lain
-ameena amra
Tidak ada manusia yang sempurna melainkan dia yang berusaha menyempurnakan diri sendiri dan saya akan menjadi membimbing dan hero kepada Ameena amra saya
-Anaqi zafran
Mampukah Azraie meyakinkan Ameena bahawa cinta sejati masih wujud? Atau adakah kenangan lama itu akan kekal menjadi sekadar memori tanpa penamat bahagia?
Cerita ini mengisahkan perjalanan cinta, pengorbanan, dan peluang kedua yang hadir pada waktu yang tidak disangka-sangka.
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]