YOU'RE MY SWEETEST SIN
"You're everything I shouldn't love, but my heart never listened."
- Nur Dhia Amani
"You're the scar I wear with pride."
- Ace Kaiser Velenzo
Ada cinta yang dicipta untuk dimiliki.
Dan ada cinta yang dicipta untuk dimusnahkan.
Lima tahun lalu, Dhia Amani menyerahkan seluruh hatinya kepada seorang lelaki bernama Ace Kaiser . Lelaki yang mengajarnya tentang cinta, kemudian menghancurkan segalanya apabila dia pergi tanpa sebarang penjelasan.
Sejak hari itu, Dhia belajar untuk membenci.
Kini, dia bukan lagi gadis yang pernah menangis kerana kehilangan cinta pertama. Dia kembali sebagai seorang pegawai polis elit dalam unit penyamaran khas, wanita yang hidup demi tugas dan keadilan.
Misi terbarunya hanya satu.
Menjatuhkan Velenzo Family.
Sebuah empayar jenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah, penyeludupan dan pelbagai kegiatan haram. Dan di puncak organisasi itu berdiri seorang lelaki yang tidak pernah berjaya dia lupakan.
Ace Kaiser Velenzo.
Lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya. Lelaki yang kini menjadi sasaran utama.
"Ini tugas baharu kamu, Dhia. Buru dia. Pastikan penyamaran kamu tidak terbongkar."
Namun tugas yang sepatutnya mudah bertukar menjadi medan perang buat Dhia apabila dia menyedari bahawa perasaannya terhadap Ace tidak pernah benar-benar mati.
Dan Ace juga menyimpan rahsia yang sama. Di sebalik reputasinya sebagai ahli perniagaan berpengaruh dan ketua organisasi jenayah yang digeruni, hanya satu perkara yang tidak pernah berubah dalam hidupnya.
Dhia.
Perempuan yang masih menjadi kelemahan terbesar dan dosa termanis yang tidak pernah dia sesali.
"If I have to die just to love you, so be it."
Tetapi cinta mereka lahir dalam dunia yang saling bertentangan. Seorang penjenayah yang hidup dalam kegelapan. Seorang lagi pegawai polis yang mempertahankan undang-undang.
"Kau pengkhianat, Dhia."
"Aku bukan pengkhianat, Kaiser. Aku cuma menjalankan tugas aku."
All Rights Reserved