Qaireena tidak pernah menduga, takdir mempertemukannya kembali dengan bekas pensyarahnya, seorang lelaki yang tidak pernah jemu meluahkan perasaan kepadanya, kali ini sebagai pasangan yang dijodohkan.
Tengku Luthfael Aryaan bin Dato' Tengku Asyraf, seorang jejaka berusia 27 tahun, memulakan kerjayanya sebagai pensyarah. Namun, hasrat Dato' Tengku Asyraf mengubah haluan hidupnya, apabila beliau mahu Luthfael menerajui syarikat baru miliknya, Luthara Enterprise, sebagai CEO.
"Ini Dato Ian Qawiy, kawan lama papa. Ingat lagi tak?" -Dato'Tengku Asyraf
"Ehhh mestilah ingatt. Hai uncle! Lama tak jumpa" - Tengku Luthfael Aryaan
"Hai Luth, ehh dah besar panjang dah dia. Dulu kecik je." -Dato' Ian Qawiy
Luthfael tetap teguh memperjuangkan cintanya terhadap seorang gadis bernama Qaireena Nayla, meskipun hatinya pernah ditolak berkali-kali.
"Sir, maaf saya tak dpat terima pinangan sir. Saya dah pernah bagitau sir, bukan sekali sir tapi banyak kali, saya harap sir paham" - Qaireena Nayla
"Kenapa Qaireen, Kenapa awak tak boleh terima saya" - Luthfael Aryaan
"Sebab kita hanya sebatas studentdan pensyarah je sirr, kita mustahil untuk bersama. Kenapa sir mesti kena suka saya sedangkan ramai lagi student sir yang lagi lawa dari saya, yang lagi lawa dari saya" - Qaireena Nayla
Namun, takdir akhirnya mengikat mereka, apabila Qaireena tidak mampu menolak kehendak ayahnya untuk menikahi lelaki yang cintanya pernah dia abaikan.
"Taknak daddy! Qaireen tak pernah cintakan Luth. Qaireen hanya anggap dia tak lebih bekas pensyarah Qaireen je" - Qaireena Nayla
"Please Qaireen, kalini je daddy merayu kat Qaireen. Daddy takut kalau takde sapa yang boleh jaga Qaireen kalau daddy dah pergi nanti" -Dato' Ian Qawiy
Apakah Luth mampu bertahan bersama Qaireena untuk waktu yang lama? Dan dapatkah Qaireena memberikan sepenuh cinta serta seluruh jiwanya kepada seorang lelaki bernama Luthfael Aryaan?
start: 03/01/2025
end: ?
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."