Cinta Terancang: Arranged Marriage

Cinta Terancang: Arranged Marriage

  • WpView
    Reads 363
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 10
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, May 17, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Billionaires and CEOs
Enemies to Lovers
Workplace
Putri Nuraqilah Darayani, 27 tahun, bukan wanita biasa. Sebagai seorang wanita profesional yang berjaya, tekanan masyarakat untuk berkahwin mula menghimpitnya. Namun, dia tidak percaya pada cinta yang membutakan. Dengan kepakaran sebagai pakar penyiasat digital, Aqilah menjadikan dunia maya senjatanya untuk menyaring calon suami. Baginya, ta'aruf adalah cara paling logik-cinta boleh datang kemudian, asalkan semuanya memenuhi standardnya yang tinggi. Tapi sampai kini, setiap calon suami yang diperkenalkan keluarga hanya berakhir di senarai reject. Kemudian muncullah Azrael Shah Iskandar. Usia 30, wajah yang mampu mencairkan hati sesiapa, keperibadian penuh adab, dan empayar perniagaan yang dibina atas titik peluhnya sendiri. Dia sempurna, sekurang-kurangnya pada pandangan pertama. Bahkan Aqilah, dengan skeptisnya yang tinggi menggunung, tidak dapat menafikan betapa Azrael Shah Iskandar bagaikan pakej lengkap yang selama ini dia cari. Namun, semakin dalam Aqilah menyelami profil Azrael, semakin banyak persoalan mula timbul. Adakah lelaki itu benar-benar setelus yang dia nampak? Atau ada sesuatu yang terselindung di sebalik senyuman penuh keyakinan itu? "Do you not trust me, Nuraqilah?"- AZRAEL "Do you not trust your future wife enough to let her into your office? Trust is a double-edged sword, don't you think?"- AQILAH Di sebalik pertemuan yang dirancang keluarga, terungkai kisah dua hati yang berlawanan-seorang wanita yang hidup dengan fakta dan logik, dan seorang lelaki yang membina kehidupannya di atas rahsia dan teka-teki. Dalam permainan cinta, monopoli, dan integriti, mampukah perasaan tulus mengatasi kebenaran yang pahit? Atau mungkinkah cinta yang dirancang dengan teliti hanya menemui realiti di luar jangkaan?
All Rights Reserved
#39
officeromance
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • AYLA'S COMMANDO | HIS LUNA MIA
  • Hailah..
  • Billionaire vs Millionaire | COMPLETE
  • Zharil Darriz
  • 𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
  • SUAMIKU JIRAN SEBELAH

Izara Ayla, seorang penyanyi muda yang sedang mencipta nama, tidak pernah menyangka kejayaan kecil yang dimilikinya menjadi permulaan kepada pengkhianatan yang menyakitkan dalam hidupnya. Dikhianati oleh mama angkat yang dipercayai - wanita yang melarikan diri bersama wang hasil titik peluhnya - Ayla kehilangan bukan sahaja kestabilan hidup, malah satu-satunya tempat bergantung. Dalam keadaan hati yang terluka, Ayla nekad mencari keluarga kandung yang selama ini dikatakan telah membuangnya. Walaupun kata-kata itu masih menghantui fikirannya, Ayla enggan percaya takdir hidupnya semudah itu. Di sebalik wajah lembut dan tutur katanya yang tenang, tersembunyi satu kekuatan yang tidak semua orang mampu lihat. Berbeza pula dengan Athif Imran, seorang pegawai Tentera Diraja Malaysia yang hidupnya berpegang teguh pada disiplin dan prinsip. Bagi Athif, cinta hanyalah satu kelemahan - sesuatu yang membuang masa dan akhirnya hanya meninggalkan luka. Disebabkan itu, dia tidak pernah memberi ruang kepada mana-mana wanita untuk mendekati hatinya. Dan di sebalik ketegasan dan sepasang mata coklat itu, tersimpan rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Namun, pertemuan antara Ayla dan Athif mula mengubah lebih banyak perkara daripada yang mereka sangkakan. Ayla hadir dengan keberanian dan kejujuran perasaannya. Athif pula perlahan-lahan mula kehilangan tembok yang dibinanya sendiri. "Apa bagusnya cinta ni pun aku tak faham... What is real love, anyway?" - Athif Imran "Percaya atau tidak itu terpulang pada awak. Yang saya tahu... saya dah jatuh cinta dengan awak." - Izara Ayla Dalam pencarian jawapan tentang masa lalunya, Ayla tidak sedar dia sedang menjadi alasan pertama seorang lelaki untuk mula percaya pada cinta. "You light up my darkness, my moon." - Athif Imran "You're the sunshine of my future, commando." - Izara Ayla ⚠️ Trigger Warning: Bahasa kesat / carutan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines