-Jazlyn Laika- Mimpi indah? Dia tidak tahu apa itu mimpi indah kerana disepanjang lenanya,hanya mimpi ngeri yang menjadi teman setia.Ia seakan-akan tidak mahu pergi dari dirinya. Tetapi, semua itu berubah semenjak dia bertembung dengan sepasang anak mata.Semenjak itu mimpi ngerinya sedikit demi sedikit menghilang dan digantikan dengan mimpi indah yang tak terungkap. "Lawanya mata dia. Tapi kenapa macam familiar eh?"bisikku di dalam hati.Yelah nak cakap depan depan macam tiber pulak nanti. "What are you looking for?" -Raees Rizqeen- Lenanya seringkali dihantui bayangan masa lalu. Apabila malam menjelma,matanya seakan akan tidak mahu terkatup atau erti kata lain takut. Ya,dia takut untuk masuk semula ke masa lalunya kerana dia tidak kuat untuk menghadapinya. Namun semua itu hanya sementara,tatkala dia secara tidak sengaja berkenalan dengan seorang gadis dan secara tidak sengaja gadis itu menjadi salah satu penyebab dia tidak dihantui oleh masa lalunya lagi. "Let me introduce myself. My name is..." "No need. I don't even want to know." Namun siapa sangka, pertemuan tanpa sengaja ini seakan akan mengikat mereka berdua.Kemana-mana sahaja pasti akan bertemu. Bila dah jumpa pasti akan bergaduh.Tapi disebabkan satu insiden, mereka disatukan tanpa kerelaan hati masing masing walaupun hakikatnya... ego untuk mengaku bahawa perasaan sayang itu sudah lama terbit di dasar hati. Tetapi realiti tidak seindah fantasi dan kenyataan itu lebih pahit dari semua yang ada di dunia ini.Jika segalanya terungkai,mampukah mereka menghadapinya dengan tabah? Mampukah mereka menerima seadanya? Apakah pengakhiran kisah mereka berjalan seperti yang diharapkan?Akankah mimpi indah itu akan berkekalan? "Jika ini yang Engkau tetapkan buat diriku, aku reda Ya Allah.Terima kasih kerana Engkau mengizinkan aku untuk merasa apa itu kebahagiaan walaupun hanya sementara."-Raees Rizqeen-All Rights Reserved