Sayang Kata Terindah [BAKAL TERBIT]

Sayang Kata Terindah [BAKAL TERBIT]

  • WpView
    Reads 8,242
  • WpVote
    Votes 493
  • WpPart
    Parts 20
WpMetadataReadComplete Sat, Apr 5, 2025
Selepas kehilangan tunang dalam sebuah kemalangan tragis, Chinta Qaseh tidak pernah menyangka hidup dia bakal berubah sepenuhnya. Bayi yang lahir atas pengkhianatan tunangnya dibesarkan dengan penuh kasih. Takdir menemukan dia dengan seorang lelaki yang juga senasib dengannya. Sayang Jiwa Kusyairi, seorang pemuda yang liar terpaksa memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya setelah kehilangan abang kandung dan kakak iparnya dalam satu tragedi yang sama. Hidup yang dahulu bebas kini dipenuhi dengan pengorbanan. Memaksa mereka menjadi ibu dan bapa tunggal yang jauh lebih matang di usia muda. Mula dengan berjiran dan bergelar rakan sekelas. "Awak buat apa ni? Dah gila? Nak kena dakwa sebab culik anak orang ke?" - Chinta Qaseh "Ganti balik kamera saya." - Sayang Jiwa Kusyairi Sehinggalah peristiwa pada satu malam yang malang mengubah segala. Kusyairi dipenjarakan. "Kalau Ayaz cinta awak, Ahda pula jiwa saya, Qaseh. Tolong jaga dia." Lima tahun berlalu, mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri. Namun tanggapan orang sekeliling tidak pernah meninggalkan mereka sejak dahulu. "Walau apapun yang orang-orang dekat luar sana tu kata, Sayang tetap hero Chinta dan anak-anak. You are the best husband and father ever."
All Rights Reserved
#9
forcedproximity
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KEKASIHKU TAK KENAL DIRIKU
  • NuLaith Claire De Lune
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • ACID'S
  • OVERprotective
  • OUR CHOICE✔️
  • Dia Untukku (C)
  • MENANTI CINTA DARIMU
  • Kau Lupa Janji [C]
  • KIDULT [OG]

Kisah cinta pertama seorang Akiva Washiya tidaklah semanis yang diharapkan. Dia dilukakan, dimalukan, sampai dia jadi takut nak bercinta lagi. Tapi dalam masa yang sama, dia juga perlukan seseorang untuk buat dia lupa pada Que Aqashah. Lalu bila dia dilamar oleh Zyaire Anderson, dia terima saja tanpa berfikir panjang. Fikirnya, dia akan meminta putus sebaik saja dia dapat lupakan Que kelak. Maka kembali bergelar kekasihlah dia sejak itu. Tapi episod percintaan dengan Zyaire ternyata berbeza sepenuhnya berbanding cinta pertama dulu. Zyaire betul-betul menghargai dia. Melindungi dia dari segala bahaya, menjadi penyejuk hati di setiap kali dia terluka. Mencipta pelbagai momen manis, sampai hati Akiva betul-betul tertawan dengan kesungguhan lelaki itu. "Eve bidadari abang." - Zyaire Anderson "Walaupun saya penuh dengan kekurangan?" - Akiva Washiya "To love you, I don't need a reason." - Zyaire Anderson Tapi nampaknya dunia ini terus menipu. Bila Akiva mula menyerahkan hatinya pada lelaki itu, tiba-tiba layanan Zyaire terhadapnya berubah. Zyaire bermati-matian mengatakan yang Zyaire tak pernah kenal dia. Pandangan mata Zyaire terhadapnya pun dah tak seredup dulu. Bahkan di hadapan semua orang, Zyaire mengumumkan tarikh majlis pertunangannya bersama gadis lain. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah Zyaire sama sahaja sepertimana Que yang pendusta itu? Atau sebenarnya ada rahsia di sebalik berubahnya tingkah laku lelaki itu terhadapnya?

More details
WpActionLinkContent Guidelines