Pergilah Rindu
  • Reads 113
  • Votes 7
  • Parts 3
  • Reads 113
  • Votes 7
  • Parts 3
Ongoing, First published Dec 25, 2024
Pertemuan tidak sengaja Husna, gadis paling diva dan sombong di Universiti  dengan Zafran, mamat introvert yang hanya menghabiskan masa dengan buku.

Siapa sangka dua orang yang sering berlawan mulut akhirnya disatukan hanya kerana permintaan Husna kepada Zafran untuk berpura-pura menjadi suaminya. Dan semestinya dia bayar lelaki itu dengan harga paling setimpal.

"Kau dengan aku cuma pura-pura jadi suami isteri. Tak lebih dari tu. Dan aku tak mahu kau sentuh aku walau dengan hujung jari kau" - Husna Arisa

"Selagi awak dan saya masih suami isteri, saya akan cuba tunaikan tugas saya sebagai ketua keluarga walaupun kita cuma suami isteri atas kertas" - Zafran

Semakin hari, hati Husna seakan tersentuh dengan layanan Zafran. Tidak pernah sekali Zafran gagal untuk membuatnya jatuh cinta. 

Hancur. Hati Husna hancur apabila dia dikhabarkan syarikat keluarga muflis dan hutang sana-sini. Husna seakan putus harapan. 

"Awak pergilah. Saya dah tak ada apa nak bagi pada awak" - Husna

"Abang tak pernah pandang harta Husna. Abang ikhlas cintakan Husna"  -  Zafran

DAPATKAH CINTA MEREKA BERTAHAN? ADAKAH KEHADIRAN ORANG KETIGA AKAN MENGHANCURKAN MASJID YANG DIBINA?
All Rights Reserved
Sign up to add Pergilah Rindu to your library and receive updates
or
#1suggestion
Content Guidelines
You may also like
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
You may also like
Slide 1 of 10
Dia Amanah Buatku | OG cover
Kembalikan Senyumannya [√] cover
Autumn In Our Ship (Completed) cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
[OG]CERITERA CINTA SEPATU KUNDANG cover
DALAM SU ADA SYA cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
Terindah cover
[✔]TANGISAN SI DIA cover
Kerana Dendam cover

Dia Amanah Buatku | OG

45 parts Ongoing

KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End -