Atlantis [E-BOOK]

Atlantis [E-BOOK]

  • WpView
    Reads 106
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadComplete Wed, Dec 25, 2024
Setelah sepuluh tahun bergelar pasangan suami isteri atas perkahwinan yang diatur keluarga, aku dan Yazan sepakat untuk berpisah. Kami beranggapan bahawa itulah jalan yang terbaik. Namun perancangan itu terbantut apabila kami ditugaskan untuk berada di bawah satu bumbung yang sama. Nak pitam aku mendengarnya. Aku dan dia? Mampukah kami? "Kalau lepas habis misi ni kau masih tak cintakan aku, aku akan lepaskan kau." Itu janji dia. Dan aku setuju. Langsung aku tak sangka banyak perkara yang kami lakukan untuk pertama kali setelah itu. Tinggal serumah seperti pasangan suami isteri yang lain benar-benar membuka satu lembaran baru untuk kami. Walhal dulu Yazan itulah yang aku anggap imam bermata dajal dan imam bertanduk setan. Tak sangka Imam Yazan mampu menjadi seorang suami yang sempurna. Langsung aku tak perasan, sejak dulu lagi dia sentiasa ada bersama menemani setiap langkahku. Sehinggalah satu saat, aku sedar... "I'm sorry I can't let you go before. Maybe this is the only way I can let you go." Tak. Mana mungkin aku sanggup dilepaskan dan ditinggalkan selepas segala yang kami telah lalui bersama. Hidup atau mati, aku tak mahu! "I still want to save us. We sealed a promise to celebrate our eleventh anniversary with a kiss. Our first kiss after ten years of marriage." Ini kisah kami. Tentang peluang dan ruang. Tentang perjuangan bersama. Tentang keutamaan dalam memilih. Dia seorang suami. Tapi tak pernah sedetik pun aku lupa... Yang dia juga ialah abdi negara. It needs both sides to fix a relationship. Full e-book can be bought from Anaasa Publication.
All Rights Reserved
#346
sad
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Encik Suami Mat Salih Celup (Adaptasi ke Slot Dahlia TV3 mulai 25/06/2017)
  • Kau Sempurnakan Cintaku ( C )
  • Akadku Namamu [TERBIT]
  • TEPAT PADA WAKTUNYA (HOLD)
  • MENANTI CINTA DARIMU
  • Rayyan's Cinta (C)
  • ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Till The Last Breath

Pertunangan yang diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya, mengheret perkahwinan yang tidak diduga berlangsung antara Iman Amani dan Ian Hadif. "So I am your replacement husband?"- Ian Hadif "If you want to say so." - Iman Amani Bukan setakat encik suami mat salih celup itu tidak mahu dan mungkin tidak tahu berbahasa Melayu, sang umi mentua pula mula melantik Iman sebagai ketua projek 'memelayukan' si mat salih celup. "What is selipar Jepun?" - Ian Hadif "Japanese's slippers." - Iman Amani "Oh... the one that they wear with their kimono?" - Ian Hadif Iman Amani mahu pengsan!Tapi...Makin lama duduk dengan encik suami mat salih celup yang bermata menawan lagi nakal itu, cik hati Iman mula selalu buat larian marathon. Iman mula menidakkan rasa hati sendiri.Seganlah dia untuk mengaku apabila encik suami selalu cakap berpusing-pusing mengalahkan roller-coaster! "It was not love at first sight at all, but love at a deeper sight." - Ian Hadif "Betul ke apa yang awak cakap tu?" - Iman Amani "Cakap apa?" - Ian Hadif "Pasal love at a deeper sight tu." - Iman Amani "Bila masa saya cakap macam tu?" - Ian Hadif Tiba-tiba encik bekas tunang muncul semula, mahukan Iman kembali. Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya .Kemunculan model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan reda. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri. "To form an I squared, you need two I's. That is why, this Ian needs his Iman.Without you, I am like the incomplete square number's function." - Ian Hadif "Tell him that I love him, so much."- ImanAmani. Apakah yang harus dilakukan oleh Iman? Kalau 'I kuasa dua' perlukan dua huruf 'I', bolehkah hanya ada Iman tanpa Ian?

More details
WpActionLinkContent Guidelines