His Favourite Sin | C

His Favourite Sin | C

  • WpView
    Reads 25,803
  • WpVote
    Votes 632
  • WpPart
    Parts 50
WpMetadataReadMatureComplete Mon, Jan 5, 2026
Noah, seorang lelaki dengan ketampanan yang memikat dan memiliki aura misteri, adalah penguasa dunia yang kejam. Dia mempunyai obsesi dengan wanita, bukan untuk mencintai, tetapi untuk mengawal. Dia menganggap wanita sebagai anak patung yang boleh dibentuk mengikut kehendaknya, dan setiap kekecewaan akan dihadapi dengan kekejaman. Dia juga seorang lelaki berdarah dingin yang memerintah dunia gelap, menjalankan perniagaan haram dengan tangan kotornya. Tiada belas kasihan dan langsung tidak tersentuh dengan emosi. Aria, yang kehilangan keluarganya dalam tragedi yang dahsyat, hidup dalam dunia yang gelap, dihantui oleh bayang-bayang masa lalu. Dia mencari keadilan, bertekad untuk membalas dendam pada kematian orang yang disayanginya. Di sebalik sibuk mencari keadilan untuk ibu dan bapanya, tanpa sedar Aria diperhati oleh Noah di dalam masa yang terlalu singkat. Aria mengharungi semua jalan yang menghalangnya daripada membalas dendam. Akan tetapi sejak lelaki itu hadir di dalam hidupnya, semuanya berubah. Namun setelah berjaya melarikan diri dari cengkaman Noah, Aria sekali lagi tunduk pada lelaki yang bertopengkan iblis selepas diugut oleh Noah. Apabila jalan mereka bertembung, kebencian dan dendam Aria bertembung dengan kekosongan emosi Noah. Sejak itu, Aria percaya bahawa 'DIA' adalah salah seorang yang memusnahkan hidupnya pada masa lalu.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • QUIET BLOOM
  • shadow Of The Crown
  • Tanpa Cinta [COMPLETE]
  • MY MYSTERIOUS BODYGUARD (TERBIT)
  • Precious Wife

Dunia Nayla Awliya hancur sekelip mata apabila dia dipaksa menikahi seorang lelaki yang bukan sahaja tidak mencintainya, tetapi juga membencinya sepenuh hati. Aryan Miguel, seorang selebriti terkenal yang kini lumpuh selepas satu kemalangan tragis. Ditinggalkan dalam rumah besar yang penuh rahsia, Nayla terperangkap dalam perkahwinan tanpa cinta, menjadi "penjaga" kepada suaminya yang dingin dan penuh dendam. Aryan, lelaki yang suatu ketika dulu berada di puncak dunia, kini hanya mampu berbaring di katil, menyimpan kebencian terhadap wanita yang kini bergelar isterinya. Setiap tatapan dinginnya, seakan pisau yang menghiris hati Nayla sedikit demi sedikit. Namun, di sebalik kemarahan dan kepahitan, Aryan menyembunyikan sesuatu, perasaan yang perlahan-lahan tumbuh di sebalik kesakitan. Dan Nayla? Dia hanya mahu menunaikan tanggungjawabnya, menjaga lelaki yang membencinya sehingga dia sembuh. Selepas itu, dia akan pergi... atau setidaknya, itulah yang dia fikirkan. Tapi bagaimana jika Aryan tidak pernah berniat untuk membiarkannya pergi? Bagaimana jika lelaki itu menyembunyikan lebih daripada sekadar luka di tubuhnya? Dalam dunia yang penuh dusta, dendam, dan pengorbanan, cinta mula mekar dalam sepi. Namun, mampukah ia bertahan apabila kebenaran yang menyakitkan mula terungkap satu per satu? Original Story By @Nanayenana ✔︎The idea came from my dream, then the continuation of the story from my own mind _______________________ START = 30/3/2025 END = OG

More details
WpActionLinkContent Guidelines