15 parts Ongoing BLURB
Bergelar seorang doktor pakar bedah adalah impian LUTH ARYAN sejak kecil. Namun kerana satu kecuaiannya, lesen doktor Luth ditarik dan digantung selama 3 tahun.
Silapnya itu juga membuatkan seorang gadis yang sakit ditinggalkan di dunia sebatang kara.
LUTHFIYA IMANI. Melihat ibunya ditembak di hadapan mata dalam usia yang muda membuatkan dia trauma dan memaksa diri untuk memadam memorinya sendiri. Kesan dari itu, Fiya disahkan menghidap PTSD dan Amnesia Regressive.
Dalam fasa kejatuhan pertama Luth, Allah hadirkan Fiya untuk dia terus bangkit demi menebus kesilapannya.
"Fiya, boleh abang jadi kawan Fiya? Abang janji akan terus jaga Fiya sampai bila-bila." - LUTH ARYAN
Selepas tiga tahun, rasa trauma dalam bilik pembedahan masih ada meski lesen doktornya telah dipulangkan. Berkat pujukan orang sekeliling, Luth putuskan untuk berkhidmat sebagai doktor psikiatri supaya dapat memudahkan dia memantau keadaan Fiya.
Sehinggalah...
"Kau... kau tak gila pun kan? You are faking your illness for freaking three years!" - LUTH ARYAN
Fiya terpempan. Rahsia yang selama ini disimpan kemas dan rapi selama 3 tahun terbongkar!
"Abang Luth, tolong Fiya. Fiya minta maaf dan Fiya salah. Tapi Fiya merayu... Fiya tak boleh keluar dari sini..." - LUTHFIYA IMANI
Atas alasan apa gadis itu memilih untuk berpura-pura sakit mental?
Dan ini juga berkait rapat dengan kejadiannya malam itu dan juga misteri kehilangan bapa Fiya. Untuk melindungi Fiya, Luth terpaksa guna cara kotor supaya dapat memiliki gadis itu. Dalam masa yang sama dia juga bertekad mahu mencari keadilan untuk Fiya.
Siapa sebenarnya Luthfiya Imani?
Disaat bahagia menjengah, badai menjelma menghempas hati ke sanubari.
"Abang... bunuh ibu Fiya? Kenapa mesti abang? Kenapa mesti suami Fiya?" - LUTHFIYA IMANI
Luth tersungkur di lantai takdir apabila rahsianya pula terbongkar. Bukan niat dia mahu merahsiakan tapi hatinya tidak kuat bila dia sudah terlanjur mencintai Fiya.
"Maafkan abang, sayang."