Muhammad Al-Afnan Mikhael, seorang kawan baik dan bekas tunang kepada Rhea Adriana, memendam luka mendalam selepas hubungan mereka terputus. Rhea memilih untuk tidak berkahwin, bimbang hubungan persahabatan mereka akan musnah. Namun, selepas mereka putus tunang, Rhea tiba-tiba menghilang dari hidup Afnan tanpa sebarang jejak, meninggalkan parut yang merubah jejaka dingin itu.
Di sebalik keputusan Rhea, dia sebenarnya berkahwin dengan Ammar, cinta pertamanya sejak zaman sekolah. Malangnya, perkahwinan itu hanya membawa luka dan derita kepada Rhea. Selepas penceraian, takdir menemukan Rhea dan Afnan semula beberapa tahun kemudian.
"Aku nak mintak maaf sebab aku menghilang dari hidup kau," -Rhea Adriana.
"Takpa, aku dah maafkan kau, kau tak perlu risau," -Afnan Mikhael.
Perasaan cinta yang terpendam kembali bersemi di hati Rhea. Namun, untuk menerima lamaran Afnan sebagai isteri bukanlah keputusan yang mudah.
"Bukan senang jadi isteri tentera. Suami aku pun jarang dekat rumah. Nyawa, cinta, masa. Semua mereka serah kepada negara," -Hilyah Adeelia.
"Tapi aku cintakan dia. Dan aku rasa aku boleh hadap," -Rhea Adriana.
Sebagai seorang Komando dari Grup Gerak Khas, Afnan membawa cabaran besar dalam hubungan mereka. Apakah Rhea mampu bertahan untuk menjadi isteri seorang tentera yang tidak hanya menyerahkan jiwa dan masa kepada keluarga, tetapi juga kepada negara?