Agents Of Étoile #1: Kebangkitan Hero
9 parts Ongoing Selamat datang ke Technotopia.
Sebuah dunia futuristik yang dihuni oleh dua jenis makhluk yang berbeza - manusia biasa dan Hybrid (manusia separa haiwan). Meskipun berbeza spesies, namun mereka tetap hidup bersama dengan aman dan damai. Cuma kadangkala, spesies manusia biasa sering dipandang rendah oleh sesetengah puak Hybrid.
Ya, itulah yang berlaku kepada seorang remaja lelaki yang bernama Ian Nathaniel Ezra. Dari kecil sehinggalah sekolah menengah, Ian sering dibuli disebabkan dia manusia biasa dan penampilan dirinya yang kelihatan nerd dan skema. Hanya kakak Ian, Mika Natasha Ezra sahaja yang selalu melindunginya.
Namun, pertemuan Ian dengan sebuah robot Phoenix bernama Poemu telah mengubah hidupnya 360 darjah. Segalanya bermula apabila kota Cybercity tiba-tiba diserang oleh robot-robot hantu ganas iaitu puak Yokai. Entah bagaimana...
Ian dan Poemu boleh bergabung dan bertukar menjadi sesosok pahlawan api separa Phoenix iaitu Hinotori!
Sejak insiden itulah, Ian mula direkrut ke sebuah organisasi rahsia iaitu Étoile. Di sana, dia dilatih untuk menjadi seorang pahlawan yang mampu menjaga keamanan Technotopia. Tetapi pada masa yang sama, Ian mula diburu oleh Méchant, sebuah organisasi penjahat yang didakwa menjadi punca robot-robot Yokai menyerang Technotopia.
Mampukah Ian/Hinotori melindungi Technotopia daripada ancaman Méchant? Siapakah Honey, Pat, Miss Anais dan Prof. Walter? Ketahui jawapannya dalam novel Wattpad pertama karya Park Mellie, penulis siri 'J-Pop Girl' terbitan Bookiut PTS.