Seraphina Noir. Seorang model fesyen terkenal yang hidup dalam kemewahan dan dikenali ramai. Daripada luaran, dia kelihatan sempurna dengan gaya elegan dan berkelas tinggi. Hakikatnya, dia menyimpan satu rahsia besar: dia juga terkenal dalam dunia lumba haram yang hanya diketahui segelintir orang.
Kehidupannya berubah secara drastik apabila dia dipaksa untuk berkahwin dengan Victor Vasquez, seorang ahli perniagaan kaya yang terlibat secara rahsia dalam mafia. Walaupun Seraphina tidak mencintai Victor, dia didesak oleh keluarganya untuk mengahwininya bagi menjamin status dan urusan perniagaan mereka, sementara dia diam-diam berlumba haram untuk menenangkan diri.
"You think I can just forget everything I've worked for? I'm not some trophy you can keep locked away. You don't own me." - Seraphina
Segalanya berubah apabila Killian Alessio, seorang pelumba jalanan terkenal yang mempunyai hubungan dengan mafia, muncul dalam hidupnya. Perasaan yang muncul antara mereka sukar dielakkan, namun hubungan mereka mengancam kedua-dua dunia mereka..
"You think you can beat me?" - Killian
"Kita tengok siapa yang akan menang nanti." - Seraphina
Apabila hubungan mereka semakin erat, Raquel Navarro, bekas teman wanita Killian yang penuh dendam, muncul dan mengancam untuk mendedahkan rahsia mereka jika Seraphina tidak berundur.
"Killian is no prince charming. Kau tak cukup kenal dia macam mana aku kenal dia." - Raquel
Victor, yang merasakan kedudukannya tergugat, bertekad untuk mengekalkan cengkamannya ke atas Seraphina dan empayarnya, membuatkan dia bertindak dengan cara yang berisiko.
"You belong to me, Seraphina. Kau dah janji!" - Victor
Killian, yang terperangkap antara cintanya kepada Seraphina dan kesetiaannya dalam dunia mafia, berjuang untuk melindunginya, namun risiko kehilangan Seraphina terlalu tinggi. Seraphina harus memilih antara kuasa dengan Victor atau cinta dan kebebasan bersama Killian.
"Aku takkan biarkan dia halang kau." - Killian
𝙁𝙄𝙍𝙎𝙏 𝙎𝙀𝙍𝙄𝙀𝙎.
𝐃𝐚𝐦𝐢𝐞𝐧•𝐓𝐡𝐞 𝐧𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐊𝐢𝐥𝐥𝐞𝐫
Close your eyes
Hear my heart
You can't see my lies
Gonna tell a lie
Through my eyes
You will never know.
Jangan engkau terpedaya dengan tipu dayanya.
Jangan engkau jatuh pada karismanya.
Jangan biarkan 'dia' perlahan-lahan membunuh kewarasanmu.
Nescaya, engkau akan jatuh ke dalam kancah kegelapan ciptaannya.
Damien adalah mimpi ngeri bagi semua penduduk Kuala Lumpur. Kala bulan menerangi langit malam, rata-rata menguncikan diri di dalam kediaman mereka. Tiada secubit keberanian untuk berlegar-legar apabila malam menjelma. Kerana malam adalah di mana sang raksasa merangkak keluar dari sarangnya.
Dan sang pembunuh, mengherotkan bibir. Memaparkan senyuman lebar seorang pembunuh. Pemandangan kota Kuala Lumpur menjadi tatapan mata tajamnya dan sesaat berlalu kesunyian malam diisi hilaian tawa sang pembunuh. Serentak itu, burung -burung berterbangan saat tawanya menggemakan langit malam. Bulan yang bergantung di dada langit menjadi saksi segala kisah sang pembunuh. Menyaksikan seorang manusia yang sedikit demi sedikit berubah menjadi...
Seorang raksasa.
"Janji seharusnya ditepati."