17 parts Ongoing MatureENGKU HANA FARISHA, memikul tanggungjawab sebagai anak dengan menjaga agensi perisikan milik ayahnya yang sudah bergiat lama di negara gajah putih, Thailand. Menjadi pelajar yang dicontohi dan pengintip elit dalam satu masa adalah tidak mustahil baginya. Namun, rutin hidup Engku Hana Farisya mula terganggu dengan kehadiran kekasih lama, MOHD AFIQ RAFIQI.
Kesilapan masa lalu Afiq Rafiqi membawa hubungan mereka bergerak mengikuti haluan masing-masing. Namun takdir mempunyai kehendak tersendiri. Dua insan itu dipertemukan dengan membawa 'nyawa' keluarga di tangan masing-masing.
"Untuk sekali ini, tolong akur dengan permintaan ayah. Demi nasib dan nyawa keluarga kita ya Hana?" - ENGKU HAMZAH.
"Hidup bersama orang yang sakitkan Hana? Jangan harap! Sekali orang buat salah, sampai mati dia akan buat kesalahan yang sama. Termasuk sakitkan Hana lagi, lagi dan lagi." - ENGKU HANA FARISYA.
"Jadi... izinkan aku menjadi 'ubat' untuk sakit kau selama ini." - MOHD AFIQ RAFIQI.
Percaturan keluarga ini harus dirancang dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin, demi menjaga keluarga. Jika harus memaksa, akan tetap dilakukan. Demi Hana dan Afiq. Namun, satu persatu kejadian dan rahsia mula terbongkar. Semakin bertambah bibit kebencian dalam hati Hana untuk Afiq.
Mampukah segalanya diselesaikan secara aman, tanpa melibatkan penyatuan tanpa kerelaan? Mampukah Afiq Rafiqi meleraikan kebencian dalam hati wanita bernama Engku Hana Farisya?
⛔ 100% idea penulis
⛔Dilarang plagiat & ciplak
‼️Kata-kata kesat & keganasan
‼️95% Pain, 5% kebahagiaan
‼️Slow update, mohon bersabar kerana penulis seorang full time student.
Start :16 Jun 2023
End :