Harraz Rizqien dan Alya Zahra-dua nama yang suatu ketika dahulu pernah bersulam kenangan di zaman persekolahan. Harraz, si pelajar popular yang bercita-cita tinggi, dan Alya, gadis sederhana yang pendiam, hanya berkawan tanpa lebih. Namun, ketika Alya meluahkan perasaannya pada tahun terakhir sekolah, Harraz memilih untuk berpaling, tidak mahu merumitkan persahabatan mereka.
Hubungan mereka terhenti di situ. Masing-masing membawa haluan selepas tamat sekolah-Harraz melangkah ke dunia ketenteraan, akhirnya bergelar Kapten PASKAU, sementara Alya memilih kerjaya sebagai guru prasekolah, mendidik kanak-kanak dengan kasih sayang.
Lima tahun berlalu tanpa sebarang khabar. Ketika takdir menemukan mereka semula di LIMA Langkawi, Harraz mendapati hatinya yang dulu pernah sunyi mula berdetak setiap kali melihat Alya. Namun, Alya bukan lagi gadis yang sama. Selepas bertahun menyimpan luka dari penolakan dahulu, hatinya kini kebal-tidak lagi mengharapkan cinta dari Harraz.
Dalam usaha mendapatkan peluang kedua, Harraz berusaha mencairkan hati Alya yang telah 'mati rasa'. Lamaran di tepi pantai mengubah segalanya, membawa mereka ke alam pertunangan. Namun, jalan menuju kebahagiaan bukanlah mudah. Mereka diuji dengan dugaan keluarga, keraguan hati, dan kehadiran orang ketiga yang cuba memisahkan mereka.
Mampukah Harraz memenangi semula hati Alya? Adakah cinta pertama Alya akan menjadi cinta terakhirnya?
Cinta yang Tertunda mengisahkan sebuah perjalanan mencari cinta sejati yang penuh liku, membawa pembaca menelusuri kisah kesetiaan, peluang kedua, dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]