Pertemuan Hazel dan Rafael mengubah hidup mereka sepenuhnya. Dahulu, mereka hanyalah dua jiwa sunyi yang terperangkap dalam dunia kelam tanpa harapan. Kini, setiap hari mereka dipenuhi riang ketawa, bagaikan kegelapan diganti dengan cahaya terang. Namun, seiring waktu, perasaan aneh mula timbul di hati mereka. Apakah maknanya?
・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・
"Why did you follow me?" soal Hazel, bingung. Dia melirik ke arah lain, mengelak dari bertentang mata dengan Lelaki itu.
Takut? tiada alasan untuk takut. Selama ini, Rafael sentiasa ada, memastikan dia selamat hingga ke pintu rumah setiap kali dia pulang lewat dari kerja. Kalau bukan cinta, apa lagi yang membuat Rafael begitu 'overprotective'?
"I find you utterly captivating, my dear," ujar Rafael dengan nada lembut dan menggoda.
"There's something about the way you smile, the way you look at me..it leaves me completely lost in you."
Hati Hazel berdetak laju. Jika begini caranya, boleh sahaja luluh segala keteguhan dirinya. Rafael menyayanginya bagai menatang minyak yang penuh, takut tumpah walau setitis. Dia tidak pernah jemu melindungi Hazel, seolah-olah dia satu-satunya yang membuatkan hidup Rafael bermakna.
Dan kini, Hazel bertanya pada dirinya sendiri,
'Adakah aku merasakan hal yang sama?'
・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・┈・┈・𝜗𝜚・
( spin-off The Hidden Lies. )
Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah
Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem.
Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru.
Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem.
"Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder
Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong!
Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha.
Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka.
Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder.
***
"So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha
"Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder
Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali?
You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah.
Start : 24 may 2024
End : 22 Januari 2025