The heart wants what it wants, even if it's breaking.
Eidan, seorang pemuda dari keluarga kaya dan dihormati, tidak pernah dibayangkan bahawa satu kejadian tragis akan mengubah hidupnya selamanya. Selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa, Eidan bangun dari koma yang panjang, hanya untuk mendapati dunia di sekelilingnya semakin asing. Fikirannya terperangkap dalam kabus ingatan, dan walaupun tubuhnya pulih, jiwa dan perasaan terasa sepi dan kosong.
Kembali ke rumah, dia bukan lagi lelaki yang sama. Tiada lagi senyuman yang mudah terukir di wajahnya, dan segala sesuatu yang dulu tampak begitu jelas kini kelihatan kabur. Sesuatu terasa hilang, sesuatu yang tidak mampu dia ingat. Perasaan bingung dan curiga mula menghantui setiap langkahnya. Mengapa dia merasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan darinya? Adakah ada rahsia yang ditutup rapat oleh orang-orang di sekelilingnya? Dan apakah sebenarnya yang berlaku?
Di rumah yang penuh dengan kasih sayang keluarga, Eidan berusaha mencari kebenaran, namun semakin dia mencari jawapan, semakin banyak persoalan baru yang muncul. Sebuah rahsia yang lebih besar mula terbongkar, menuntut jawapan yang bukan sahaja mengubah pandangannya terhadap masa lalu, tetapi juga menjejaskan masa depannya. Dalam perjalanan mencari kebenaran, Eidan dihadapkan dengan pilihan yang sukar- adakah dia benar-benar ingin tahu segala-galanya, atau lebih baik dia terus hidup dalam kebingungan?
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]