(Malay-English WLW Story)
Genre: Romance, Misteri
Rating: 21+ (Mengandungi kandungan matang dan tema LGBTQ+)
Bila luka lama masih berdarah, bolehkah cinta menyembuhkannya?
Kim - tinggi, bertenaga, dan degil. Seorang pelajar universiti swasta yang bermain bola tampar dengan sepenuh hati.
Lia - pendiam, penuh rahsia, dan jauh lebih matang. Seorang pemain profesional yang menyimpan terlalu banyak yang tak dikatakan.
Pertemuan mereka bukan sekadar kebetulan. Dalam diam, Lia telah lama menyimpan perasaan- namun ketakutan dan masa silam yang gelap menghalangnya daripada mengaku. Kim pula, dengan sikap tidak putus asanya, perlahan-lahan mengetuk hati Lia yang telah lama tertutup.
Di gelanggang, mereka beraksi sebagai lawan yang hebat. Di luar gelanggang, mereka adalah dua jiwa yang saling mencari- di antara luka, kenangan, dan pertanyaan tentang erti cinta sebenar.
Dari rasa ingin tahu, tumbuh kepercayaan. Dari pertemanan yang janggal, lahir perasaan yang tidak terduga. Namun, bayang-bayang silam yang masih kuat mencengkam mula menggugat segalanya. Rahsia yang disimpan terlalu lama akhirnya terbongkar satu demi satu- dan setiap kebenaran itu menguji kepercayaan, kesetiaan, dan kekuatan hati mereka.
My Blue adalah kisah dua wanita yang menemui sesuatu yang tidak dijangka dalam diri masing-masing- cahaya di dalam kegelapan, cinta yang tidak pernah disangka-sangka. Dalam dunia yang penuh ketidakpastian, kadang-kadang orang yang tidak dijangka itulah sebab terkuat untuk berharap dan sembuh.
*Amaran Kandungan (Trigger warning)*
Cerita ini mengandungi unsur WLW/lesbian. Jika anda tidak selesa atau mempunyai pandangan homofobik, sila beredar dan elakkan daripada meninggalkan komen negatif.
Kisah ini juga mengandungi penggunaan barang terlarang, gangguan seksual dan bahasa kasar. Jika anda seorang mangsa atau mudah terkesan dengan kandungan sebegini, sila pertimbangkan sebelum membaca.
‼️this story is CRINGE, WEIRDO, CHILDISH
[Ayat tak berapa nak matang kerana ditulis ketika saya berumur mentah.]
ADRIAN NAVRIEL - Jejaka kacak yang dikenali di universiti. Saat kakinya dijejak ke dalam kawasan universiti itu, kedengaran jeritan daripada gadis-gadis yang menjadi peminatnya. Namun, watak Adrian yang beku dan tidak mengambil peduli tentang orang lain menyukarkan mereka untuk mendekati lelaki itu apatah lagi untuk menjadi teman wanita. Tambahan pula, Adrian ialah seorang kaki buli!
AMELIA CLARISSA - Seorang gadis kecil yang bijak dalam bidang matematik dan sains tulen. Dirinya sering dibuli dan dihina kerana mempunyai rupa paras yang hodoh. Saat dia jejakkan kaki ke universiti, pasti ada saja makian dan cacian yang dikenakan ke atas dirinya. Tetapi Amelia ialah seorang yang kuat dan berani melawan mereka yang membulinya. Dia cuma tiada rupa, bukanlah tiada hati!
Satu tragedi tak diduga berlaku menyebabkan Amelia menjadi mangsa buli Adrian Navriel. Dia dibuli dengan kejam oleh lelaki itu. Sudahlah sombong, berhati beku, malah tiada hati perut pula!
Lama-kelamaan, perasaan cinta Adrian kepada Amelia mula berputik di mana Amelia telah menyedarkan dirinya dan mengubah dirinya menjadi lebih baik.
Namun, ujian demi ujian mendatang. Rintangan demi rintangan yang hadir, meruntuhkan mahligai mereka yang sudah bahagia.
"Saya tak pernah cintakan awak pun. Awak hanyalah perempuan paling hodoh pernah saya jumpa!"
"Baiklah. Jangan awak cari saya lagi, Ad. Saya janji dengan awak. Walaupun maut datang menjemput, awak takkan tahu tentang kematian saya."
ADRIAN NAVRIEL
AMELIA CLARISSA
ALL RIGHTS RESERVED @syirahnees_
#1 - enemiestolovers
⚠️ karya berdasarkan imaginasi dan jalan cerita rekaan saya sendiri, tidak meniru dari mana-mana pihak
⚠️ cliche story sbb author x sebijak setinggi menara klcc
⚠️ kau copy, kau bangang