11 parts Ongoing [On Going]
Sebuah sekuel Isteri Seorang Tentera.
"Oh ya, ini suami I, Harraz."
Pertemuan Sofea dengan suami Julia yang mirip dengan suaminya membuatkan dia tak senang duduk. Bukan sahaja wajah yang sama, rambut, mata, bentuk wajah, badan dan ketinggian, semuanya sama!
Sebagai seorang isteri, pasti lah dia amat mengenali suami sendiri. Persoalannya, adakah Harraz itu benar-benar Hariz? Atau hanya pelanduk dua serupa?
Mustahil. Dia sering ingatkan diri dia bahawa suaminya telah lama tiada. Dia tak boleh terus berharap. Hariz sudah lama meninggal dan tak akan pernah bangun lagi.
"Macam mana awak boleh kenal Julia?" - SOFEA ADRIEANA
"Entah." - HARRAZ
Hari demi hari, Harraz berkelakuan pelik. Lelaki itu bagaikan bingung dengan segalanya. Daripada mata lelaki itu juga, langsung tiada bait-bait cinta apabila dia memandang Julia selaku isterinya.
Dari masa ke masa, mereka semakin rapat. Semakin banyak persamaan Harraz dan Hariz. Nak kata kembar, Hariz tak pernah menceritakan apa-apa tentang kembarnya.
Mungkin dia tak ada kembar? Pelanduk dua serupa. Namun hatinya tetap kuat menyatakan bahawa Harraz itu ialah Hariz, suaminya.
"Cuba selak rambut awak." - SOFEA ADRIEANA
Adakah Harraz benar-benar suaminya? Jika benar, kubur itu kubur siapa? Dan jika tidak, maka benarlah Harraz hanya pelanduk dua serupa.
"Kalau Pia dah tak ada nanti, jangan sedih tau. Pia bukannya pergi sebab Pia sakit, tapi Pia pergi sebab Pia rindu suami dan anak Pia."
© All rights reserved
❗wyna kim