Story cover for Cinta yang Ku Dambakan Bahagia by Miogazza19
Cinta yang Ku Dambakan Bahagia
  • WpView
    Reads 2,172
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 32
  • WpView
    Reads 2,172
  • WpVote
    Votes 246
  • WpPart
    Parts 32
Ongoing, First published Jan 04
Kerana pertemuan di antara abang dan kakak iparnya bermulah kisah perkenalan Nur Haiza Al-Syifa dengan Muhammad Haider Zulkarnain untuk mengecapi bahagia. Berani mengambil langkah untuk mara.
 
Walaupun pada mulanya Haiza hanya sekadar doktor yang merawat adiknya, lama kelamaan bibit-bibit perkenalan itu bertukar menjadi sebuah hubungan percintaan antara dua jiwa. Namun,ketika mana lamaran Haider ditolak oleh gadis itu membuatkan dirinya nekad untuk menjauhkan diri. 

Dan pada ketika itulah Haiza tersedar dan kembali merebut hati lelaki itu. 

Apa yang dijanjikan oleh Haider adalah cinta. Apa yang diinginkan oleh Haiza adalah cinta yang dia dambakan untuk mengecapi bahagia. 

Adakah cinta mereka masih utuh berdiri?
Adakah dugaan dan cabaran yang ditempuhi dapat dikongsi bersama?
All Rights Reserved
Sign up to add Cinta yang Ku Dambakan Bahagia to your library and receive updates
or
#19ggk
Content Guidelines
You may also like
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum by fiqalynaaa
53 parts Ongoing
Muhammad Yazzed Qayyum | Nur Darina Farissa Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "Percayalah, semua orang berhak untuk bahagia, termasuk kau... aku hanya minta peluang untuk buktikan pada kau bahawa cinta yang sebenar itu masih ada." - Yazzed Qayyum "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End :
MERINDU WAHYU TUHAN  by azreenwardah9
59 parts Complete
Salman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji. Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingkungan yang terbaik. Sebab itulah dia mula berputus asa dan mencari kebebasan di luar yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Puas semua nasihatkan dia, namun tidak dipeduli. Zuhair selaku abang iparnya takut Salman akan tersasar lebih jauh. Dia memaksa Salman untuk ke Maahad dan menjadi tenaga pengajar di sana. Berkali-kali Salman menolak pelawaan abang iparnya. Tapi bila Zuhair sudah mula menggunakan kuasa vetonya, Salman tidak mampu lagi menolak. Berkunjung ke Tautan Kasih atas pelawaan Ilham, Salman bertemu dengan seorang gadis. Aifa Amanda secara tak sengaja menjadikan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Melihat ujian yang dilalui oleh Aifa menyebabkan dia rasa ingin berjuang bersama-sama gadis itu. Bila tersebarnya gambar Salman dan Aifa, memaksa dia untuk berkahwin pula. Namun kerana kasihnya pada gadis itu, dia terima juga. Asalkan dia dapat memiliki gadis itu walaupun jalannya ke arah perkahwinan tidak begitu indah seperti pasangan lain. Baru saja nak mengecapi bahagia, kehadiran bekas tunang Aifa, Tengku Khairul Razin membuat hidupnya huru-hara. Disebabkan itu juga nyawanya hampir melayang kerana kejadian yang tak pernah dia sangka. Dugaan demi dugaan dia cuba lalui dengan tenang walaupun mungkin menyebabkan rumahtangga yang dibinanya goyah. Salman tetap akan berjuang untuk orang yang dia sayang. Tidak akan sesekali Aifa Amanda jatuh ke tangan orang lain. Salman nekad biarpun nyawa menjadi galang gantinya.
You may also like
Slide 1 of 8
Pemilik hati Mr Tentera [COMPLETED] cover
[ HIATUS ] Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum cover
DIA YANG KU NANTI cover
MERINDU WAHYU TUHAN  cover
LOVE YOU , MRS . ALPHA ( NEW VERSION) cover
Fated to Love You, Doctor cover
IMAN AIMAN cover
lelaki itu ✔※ cover

Pemilik hati Mr Tentera [COMPLETED]

26 parts Complete

mengisahkan tentang seorang anggota tentera yang telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang merupakan seorang penyanyi amaran: ❗kata kata kesat ❗typo akan ditemukan dimana mana ❗dilarang meniru atau mencuri idea saya karya ini 100 peratus ialah idea saya sendiri. jika ada persamaan watak, nama tempat atau jalan cerita itu mungkin hanya sebuah kebetulan kerana saya tidak berniat untuk meniru mana mana karya orang lain (TIADA AKSI 18+ DALAM STORY NI) S_sidah start:29/7/2023 end:29/10/2023 Akan di edit selepas completed