READY STOCK | RM14 Berkahwin dengan adik angkat sendiri memang tak masuk dalam perancangan Maliha. Walaupun adik angkat Maliha itu, Fadhil Hafidz, dah pun melamar Maliha bertahun-tahun dulu. Namun, bila wanita yang Maliha dah anggap macam ibu sendiri mahu dia berkahwin dengan Fadhil, Maliha terima dengan separuh hati. Namun, yang separuh itu akhirnya jadi sepenuh hati. "Baby..." - Maliha "Ye, Ma." - Fadhil "Please... don't leave me." - Maliha "Never. You are my precious. Saya sanggup jadi Gollum daripada tinggalkan Ma saya ni." - Fadhil Apabila Maliha sudah berbadan dua, Fadhillah yang paling gembira. Namun, kehilangan anak dalam kandungannya membuatkan Maliha jadi terlalu sedih. Syukurlah Fadhil tetap bersamanya. Tak kisahlah orang mengata dia dapat anak ikan sebab berkahwin dengan lelaki muda. Yang pasti, Maliha tak pernah tak bahagia bersama Fadhil. Rahsianya, mereka serasi bersama. Bila dah elok serasi dan seronok bersama, masa itulah segala lelaki yang pernah Maliha kenal dulunya datang nak berjumpa. Bekas tunangnya, Jalil, yang dulu tinggalkan Maliha sebab perempuan lain, tiba-tiba saja hilang ingatan. Datang semula dan minta Fadhil lepaskan Maliha, sebab Jalil nak menikah dengan Maliha. "Hei, budak hingusan. Kau lepas je la Maliha dekat aku. Tak payah nak dera kehidupan dia lagi. Aku boleh jaga dia dengan lagi baik dan aku boleh bagi dia semua kemewahan yang kau takkan dapat bagi tu." - Jalil Eh, Jalil ingat Maliha kemaruk sangat dengan harta benda Jalil? Pirah! Maliha hanya kemarukkan satu sahaja. Suaminya, Fadhil, dan seluruh perasaan Fadhil untuknya. Jalil dan harta-hartanya, boleh jalan!All Rights Reserved
1 part