𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲 (New version of 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂𝒎𝒖)
𝐇𝐢𝐬 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐢𝐟𝐮𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐨𝐝𝐲
Nur Nayla Nafisa hidup dalam dunia yang penuh dengan tuduhan dan rahsia gelap. Dituduh sebagai pembunuh keluarganya sendiri, dia berdiri seorang diri, memikul beban yang tidak pernah dia pinta. Setiap langkahnya dipenuhi bayang-bayang dendam dan kesunyian yang membelenggu hati.
Tengku Aariz Welch, pewaris keluarga berkuasa dan dunia yang kelam, sudah lama menyimpan rahsia hatinya. Dari saat mereka bertemu di sekolah menengah, Aariz telah terpaut pada Nayla - walaupun dia sering menyembunyikan rasa itu di sebalik sikap dingin dan usikan manja.
"Nak abang cakap jujur? Dari dulu abang dah simpan hati dekat awak. Tapi, awak ni degil sangat, selalu buat abang sakit kepala," Aariz selalu menyakat, sambil panggil Nayla 'sayang' dan 'cik kak', tapi siapa sangka, di sebalik usikan itu tersimpan kasih yang tulus.
Ketika Sombra Bianca - ubat misteri yang mengikat rahsia kelam Nayla sejak kecil - muncul kembali, mereka terjerat dalam permainan bahaya yang menguji cinta dan kepercayaan mereka. Nayla sering tertanya-tanya, kenapa Aariz masih memilih dia walaupun mereka sering bergaduh dan Aariz hampir menyerah.
"Sebab, sayang... selagi hati abang pulih, awak je yang layak dalam hati abang. Bukan sesiapa pun," jawab Aariz dengan lembut, mata penuh harapan.
Mampukah mereka bertahan di tengah badai rahsia dan luka? Atau melodi indah itu akan terhenti sebelum sempat menjadi lagu cinta abadi?
"Sayang, jangan lari dari abang. Dalam gelap dunia ini, awak adalah melodi terindah yang saya tak pernah sangka akan saya temui."
SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang nakal di sekolah, dia dan 2 orang kawannya itu Ameer dan Hariz suka membuli orang sehingga ramai yang berpindah sekolah kerana mereka bertiga.
"weh jalan tu pakai mata lah, ikut suka hati kau je langgar orang, mata letak dekat mana? lutut ke? kalau rasa rabun tu pakai lah cermin mata, takkan itu pun nak kena ajar!!!"-SYED AZRIEF
AYRA AMANI seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudaranya belah mamanya merangkap mummy, Puan Marina lah yang menjaganya selepas kematian ibubapanya, dia seorang yang degil, keras kepala dan akan melawan balik apa yang orang cakap.
"kau siapa nak marah-marah aku ha? aku tak kenal kau pun, tiba-tiba nak marah orang, gila ke? kan aku dah minta maaf kan tadi kau pekak ke? heh tak sangka muka handsome tapi pekak"-AYRA AMANI
Kerana perjanjian antara arwah ibubapanya dan ibubapa Syed Azrief, mereka terpaksa berkahwin muda sehingga mereka bergaduh hari-hari, pantang berjumpa pasti akan bergaduh ibarat seperti Tom and Jerry.
"aku tak ingin pun lah nak kahwin dengan kau! Kau fikir aku ni ada hati ke dekat kau?"-AYRA AMANI
"habistu kau ingat aku suka dekat kau lah? minta simpang lah aku nak suka dekat kau. Dah lah pendek tak sedar diri"-SYED AZRIEF
"saya Mia Adriana bekas kekasih hati Syed Azrief"-MIA ADRIANA
"kau tunggu perempuan akan aku singkirkan kau dari hidup Azrief"SHARIFAH AMELYN
[Old Version] - [New Version]