Story cover for We Meet Again 🩺🎬 by daisythewriter_
We Meet Again 🩺🎬
  • WpView
    Reads 7,067
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 33
  • WpView
    Reads 7,067
  • WpVote
    Votes 125
  • WpPart
    Parts 33
Ongoing, First published Jan 07
Sikap Hanis Sofia berubah setelah mengetahui hakikat sebenarnya bahawa papanya iaitu dato Hadi sudah berkahwin dengan Rina setelah kematian arwah mamanya iaitu datin Sofia. Bagi Hanis Sofia tiada siapapun yang layak ganti tempat arwah mamanya.

"Papa kahwin dengan mak cik Rina, seolah-olah arwah mama sudah meninggal sepuluh tahun! Padahal arwah mama baru tinggalkan kita sebulan pa. Papa sedar tak apa yang papa buat ni? Tergamakkan pa? Papa sudah cari pengganti arwah mama. Hanis kecewa dengan papa! Hanis benci papa!" - Hanis Sofia

"Papa tahu yang apa papa buat ni salah. Maafkan papa, Hanis. Hanis berhak kecewa dan benci papa. Papa memang layak dapat semua tu." - Dato Hadi

Kekecewaan Hanis Sofia terjadi lagi buat kali kedua dalam hidupnya. Menyebabkan dia terpaksa membawa diri ke kampung halaman arwah mamanya untuk tenangkan fikiran. Pertemuan Hanis Sofia yang entah ke berapa kali dengan doktor Firas Iman atau Man kambing. Ia sedikit sebanyak telah mengubah Hanis Sofia.

"Apa ni? Coklat? Selama aku hidup tak pernah pula, tengok coklat macam ni. Kenapa nampak pelik? Bentuk lagilah pelik. Bau pun kurang menyenangkan." - Hanis Sofia

"Woi! Itu bukan coklat. Kau pegang dah kenapa? Itu tahi kambing lah! Kau tak pernah tengok tahi kambing ke sebelum ni? Kesian betul hidup kau." -Firas Iman

Bagaimana nasib Hanis Sofia dekat kampung? Dapatkah Firas Iman menyembuh luka kekecewaan Hanis Sofia?

P/s: Dilarang keras ciplak hasil karya saya! Saya tidak membenarkan kerja saya digunakan atau diadaptasi dengan apa-apa cara tanpa kebenaran saya!
All Rights Reserved
Sign up to add We Meet Again 🩺🎬 to your library and receive updates
or
#113cintasejati
Content Guidelines
You may also like
Andaikan Cinta Itu Ada by syafasuha
101 parts Complete Mature
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang kampung. Eryna tertekan dengan apa yang terjadi. Lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya telah merentap maruahnya dalam keadaannya yang tak rela. ELIANA gadis pujaan Harraz dia yang bakal menjadi tunangan Harraz. Hati Eryna semakin terluka dia memutuskan untuk bawa diri dengan izin suaminya. Harraz membenarkan kerana rasa benci yang mendalam terhadap Eryna. Tahun berganti tahun, takdir telah menemukan Eryna dengan Harraz tetapi hati Eryna tertutup buat mana-mana lelaki walaupun suaminya sendiri. Eryna ingin menebus kesalahannya dengan menaja busana pakaian pengantin yang direka khas olehnya. Kebetulan Harraz dan Eliana bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Selepas itu, Eryna mahukan perpisahan dengan cara yang baik. "Kalau betul sekalipun adilkah bagi saya, awak boleh hidup bahagia dengan orang lain sedangkan saya masih terikat dengan hubungan ni? Saya dah penatlah. Niat saya baik, saya cuma nak kita berbaik itu aje. Iyalah, disebabkan saya awak kahwin pun tak macam orang lain. Saya serba salah sebab buat hidup awak hampir hancur dulu." ERYNA SOFIA. "Aku setuju dengan tawaran kau tapi kau kena ingat! Kalau perkahwinan aku dengan Eliana tak terjadi dengan sempurna. Aku takkan lepaskan kau. Bukan boleh percaya pun kau ni nanti kau plan macam-macam nak hancurkan hubungan aku dengan Eliana." ADAM HARRAZ. "Saya sepatutnya sedar diri dari dulu, saya tak layak mencintai dia. Saya yang sepatutnya mengalah dalam hubungan ini. Saya akan undur diri." ELIANA. Namun perancangan Tuhan itu lebih sempurna. Kebenaran telah terbongkar membuatkan hari perkahwinan Harraz menjadi huru-hara. Apakah nasib Eryna setelah perkahwinan Harraz dan Eliana tak jadi?
Korban Kasih Abang✔️ by Myea_Miko
14 parts Complete
{Second Short Story By Myea Miko} Hadif dibenci bapanya, pak Hassan kerana telah menggangap Hadif sebagai punca ibunya meninggal dunia pak Hassan pula lumpuh pada kakinya. Walaupun pak Hassan melayani Hadif dengan teruk, tetapi Hadif langsung tidak membenci abahnya malah menghormati abahnya sebagai seorang bapa kepadanya. Hanan adik Hadif langsung tidak membenci abangnya. Baginya semua yang berlaku adalah takdir Tuhan buat keluarganya bukanlah abangnya menjadi punca semua yang berlaku. Disebabkan rekaan cerita Adrina adik ipar Hadif hubungan dia dan adiknya menjadi renggang. Hanan tidak menggagap Hadif sebagai abangnya lagi. Pak Hassan pula makin membenci Hadif. Hadif akur dan redha akan dugaan yang menimpanya. Dia berharap suatu hari nanti hubungannya dengan keluarganya akan baik. Safiya tunang kepada Hadif pulang semula ke kampung setelah lama membawa diri ke negara orang selepas Hadif memutuskan pertunangan mereka. Apabila bertemu semula dengan Hadif Safiya sedar dia masih menyayangi Hadif, begitu juga dengan Hadif menyimpan perasaan yang sama. Disebabkan ada satu rahsia yang Hadif simpan mengenai dirinya, dia terpaksa menjauhkan diri dari Safiya. Adakah Hadif dan Safiya bersama semula? rahsia apa yang disimpan Hadif dari memberitahu Safiya dan keluarganya. Bagaimana pula hubungan Hadif dan keluarganya yang semakin renggang? Kalau nak tahu bacalah cerpen yang saya buat ni sampai habis😊😊. Selamat Membaca You All😊😍😍
Cinta Yang Pulang by YollanyRahman
10 parts Ongoing
Antara romantik yang menyakitkan, sweet yang menggoda, dan dendam yang belum reda, Hana dan Ammar harus pilih - ego atau cinta. "Aku tak pernah lupa kau, Hana. Tapi kau? Kau buang aku macam sampah!"** - suara Ammar bergetar, menahan ego dan rasa dikhianati. Hana dan Ammar, dua jiwa yang pernah serasi, dipisahkan dek salah faham, fitnah, dan cinta lama yang menyakitkan. Selepas perkahwinan rahsia yang penuh curiga, mereka terus bertarung dengan ego masing-masing. Hana cuba memujuk hati suaminya yang keras, sedangkan Ammar tak mampu buang rasa marah. **"Kau tengok aku macam dulu, Hana. Tapi hati kau? Dah mati untuk aku kan?"** Kemunculan Rizal, bekas cinta silam yang muncul semula dengan janji manis, makin merumitkan keadaan. Dalam diam, video mesra Rizal dan Hana dihantar kepada Ammar, mencetuskan bara yang lama disimpan. **"Susah pujuk bila gadis kesayangan merajuk ni..."** - mesej Rizal yang buat Ammar hilang waras. Dari babak hujan lebat di tepi sungai kampung, baju basah Hana melekap di tubuh, pandangan mata lelaki lain, hingga ke bilik pengantin yang sunyi, kisah mereka terus bergolak. Jiha - adik Hana jadi saksi rahsia demi rahsia yang tersimpan. Antara romantik yang menyakitkan, sweet yang menggoda, dan dendam yang belum reda, Hana dan Ammar harus pilih - ego atau cinta. **"Aku rindu kau, bodoh. Tapi aku lebih benci sebab aku masih sayang!"** Inilah kisah cinta yang tak mudah. Yang bila baca boleh buat pembaca senyum, panas hati dan menangis dalam satu bab.
BUKAN AKU YANG KAU CARI by syazyhazyz
44 parts Ongoing
Aira Zahra hidup sebatang kara selepas kematian ahli keluarganya kerana ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga Aira. Aira hidup sebatang kara selepas itu dengan menumpang kasih rumah kawan baik lelakinya. Akibat dia terlalu lama menumpang disana, dia terjatuh hati pada kawan lelakinya, Zafran Hazim. Tapi ditolak kerana sudah mempunyai perempuan yang dicintainya. 1 tahun Aira melarikan dirinya ke luar negara untuk memulihkan hatinya dari semua perkara. Selepas kepulangannya ke tanah air, dia memilih untuk duduk dirumah milik kawannya lagi. Zafran mula jatuh hati pada Aira dan cuba mengambil hatinya. Belum sempat dia mencuri hati Aira. Abangnya sudah memikat hati Aira dan melamarnya. Zafran rasa tercabar dengan abangnya. Saya tahu awak masih cintakan saya Aira. - Zafran Hazim. Jangan ungkit kisah lama, sekarang saya dah bahagia dengan abang awak, Haikal. - Aira Zahra. Akibat kata-kata Aira terlalu goreskan hati Zafran. Zafran buang Haikal dari keluarga dan tak pernah anggap Haikal sebagai abang. Kita ni adik-beradik, jangan nak hancurkan semata-mata kerana seorang perempuan. Jangan berfikiran cetek! - Haikal Zarif. Aira, please Aira jangan tinggalkan saya! - Zafran Hazim. Pergi Zafran pergi, selama ni aku hidup bukan untuk kau. Bukan aku yang kau cari. - Aira Zahra. Dapatkah Zafran mencuri hati Aira kembali? Adakah hati Aira masih untuk Zafran? Bolehkah Zafran menerima takdir? Adakah Aira akan kembali kepada Zafran? Atau tetap bersama Haikal? Mampukah Zafran mengharungi semua ini? Mampukah dia?
Sorry Sayang by hanizuki0
38 parts Ongoing
sikap dingin dan acuh oleh seorang suami membuatkan Arisa hani terluka . pengabaian yang dilakukan oleh sang suami, Ariz Iskandar semakin parah apabila dia berkahwin dengan kekasih zaman sekolahnya, putri Batrisya . saban hari, Ariz tidak lagi pulang ke pangkuan arisa . lelaki itu membuatkan Arisa bergantung tidak bertali . Arisa sedar, bahawa kasih sayang , cinta dan penantian untuk sang suami bagaikan menghitung bulu kambing . oleh itu, Arisa bertekat untuk mengubah diri menjadi lebih baik . Arisa memulakan usahanya dengan mengambil SPM semula dan melanjutkan pelajarannya . 10 tahun berlalu, kini Arisa berjaya menjadi seorang doktor pakar bedah trauma . dia bahkan mempunyai rakan rakan yang selalu ada suka dan duka bersamanya . bahkan mempunyai keluarga yang menyanginya . namun, kebahagian diraihnya itu kian pudar apabila dia kembali bertemu suaminya , Ariz Iskandar ketika di emergency room . hal itu membuatkan luka di hati kembali berdarah. yang membuatkan Arisa serabut apabila Ariz ingin memulakan kembali hubungan bersamanya . bahkan lebih parah lagi apabila putri Batrisya, isteri kedua Ariz memujuknya untuk kembali ke pangkuan Ariz . " kenapa baru sekarang kau nak jadi suami misali untuk aku?" Arisa Hani . " maafkan abang sayang, mari kita mulakan hidup baru . tolong berikan abang peluang." Ariz Iskandar " Arisa, tolong berbaik dengan Ariz . " putri Batrisya. " Arisa sampai bila bila aku cintakan kau . Cinta tak semestinya memiliki ." Firdaus Hakimi . adakah Arisa akan memberi peluang pada Ariz? mampukah Ariz menambat kembali hati isteri pertamanya? Cerita ini hanya rekaan . Sorry for typo or keliru Cerita tak ikut logik .
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
63 parts Complete
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan. "Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih. Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. "Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan "Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
RASMI MILIKKU by LaylaInhara
21 parts Complete
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap helaian diari. Baginya, selagi dia tak mengganggu sesiapa, rasa yang wujud itu tidak salah. Dia tak bercadang untuk mendedahkan pada sesiapa pun. Dia hanya meminati jejaka itu secara diam. Atau nama lain, crush. Siapa jejaka itu? Raez Rafael. Mamanya dan ibu Nadhira adalah sepupu. Mereka rapat, tapi anak-anak kurang rapat. Raez tidak begitu mengenali Nadhira kerana dia dan Nadhira jenis orang yang introvet. Dalam erti kata lain, mereka sama-sama seorang yang pendiam. Tetapi, siapa sangka... Satu peluang telah merubahkan segalanya. Menyatukan dan disatukan. Dua perkara berbeza. Raez yang egois. Raez yang sombong. Mampukah Nadhira menghadirkan rasa cinta di antara mereka sedang dia tahu di hati Raez sudah ada wanita teristimewa. "Abang faham kita terpaksa dan dipaksa. Abang dipaksa dan Dira mungkin terpaksa. Jenis abang, abang tak suka paksa-paksa ni. Dira jangan risau, nanti bila abang dah jumpa Kak Effa abang akan lepaskan Dira." - Raez 'Dira tahu Dira ni peganti jer. Tapi adil ke abang buat kesimpulan macam tu?' - Luah dira dalam hati. "Mama nak Raf sentuh dia macam mana? Dia budak lagi, Ma. Masih mentah." 'Seriously abang? Is that the way how you're viewing me?' - Luah Dira masih dalam hati. Hati pun berkecai. Bukan mudah untuk memaksa orang menerima cinta kita. Lantas kenapa ikatan perkahwinan harus dipermainkan? Dira pergi untuk membersihkan hati Dira yang telah penuh dengan nama abang. After all this time, today is my wake up call. Untuk tidak lagi mempersiakan hati sendiri. I'm not what you want. I'm the wrong person in the first place. Dira akan pulang membawa Nadhira Sofea yang baru. Yang hatinya telah bersih dan kosong. Dan ketika itu, kita sudah tiada kena mengena lagi. "Bagi balik diari Dira!" "Siapa kata ni diari Dira? Dalam diari ni semua nama abang..."
You may also like
Slide 1 of 10
Terima Kasih Derita [TERBIT] cover
Andaikan Cinta Itu Ada cover
Cinta Antara Kita (Sehun Ff) cover
Korban Kasih Abang✔️ cover
Cinta Yang Pulang cover
Izinkan Aku Bahagia. (EDITED ) cover
BUKAN AKU YANG KAU CARI cover
Sorry Sayang cover
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] cover
RASMI MILIKKU cover

Terima Kasih Derita [TERBIT]

20 parts Complete

BLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! "Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan "Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?