Naula, seorang wanita berusia 28 tahun yang berjaya memegang jawatan sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat ternama, menghadiri majlis reunion rakan-rakan sekolah menengahnya. Walaupun pada awalnya keberatan untuk hadir, pujukan rakan baiknya, Tiara, akhirnya meyakinkannya. Namun, kehadiran seseorang di majlis itu mengubah segalanya - Raif, seorang lelaki dari masa lalunya yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidupnya.
"Ingat aku tak?" tanya Raif.
'Perempuan mana boleh lupakan lelaki macak dia?' ujar Naula dalam hati sambil menatap muka Raif.
Pertemuan mereka membawa kembali kenangan zaman persekolahan. Naula teringat bagaimana Raif selalu mencabar kesabarannya, termasuk ketika;
"Cikgu Haziqa suruh aku kumpul buku latihan, aku tengok tadi buku kau takde?" Tanya Naula.
"Ya ke? Buku aku jeke? You're sure? Cuba tengok balik?" jawab Raif sambil memberi senyuman sinis.
Naula mengerutkan dahi, rasa hairan mula menyelubunginya. "Eh, kejap. Buku aku pun takde. Macam mana boleh hilang dua-dua sekali?" gumamnya sambil memandang Raif.
Raif menyilangkan tangan di dada sambil tersenyum lebar, kali ini dengan nada mengusik. "Haa, kan aku dah cakap. Maybe buku kita 'lari' pergi dating ke? Sebab tu hilang sekali."
Naula menjeling tajam ke arah Raif. "Ini bukan masa nak buat lawak, Raif! Kalau cikgu tanya nanti, aku yang kena marah."
Raif mengangkat bahu, masih dengan ekspresi selambanya. "Relaxlah, Naula. Aku rasa buku kita ada kat tempat lain. Kau ingat tak tadi waktu rehat, kau letak buku tu kat mana?"
Naula terdiam, cuba mengimbas kembali kejadian sebelum itu. "Tadi... aku ada letak buku tu atas meja belakang kelas masa susun buku-buku lain. Kau?"
Raif tersenyum tipis. "Aku letak kat tempat sama. Maybe ada orang yang 'rajin' sangat tolong angkat buku kita, tapi tertinggal kat tempat lain."