"Eternal Ties" mengisahkan dua individu yang hidup mereka sudah ditentukan oleh perjanjian keluarga. Ariana Sofeea dibesarkan dalam keluarga yang sangat berstatus tinggi. Ayahnya, Dato' Zulfar Taqif, seorang lelaki yang bijak mengatur setiap langkah, tetapi penuh kasih sayang terhadap anaknya. Ariana, walaupun mempunyai kebebasan luar biasa dalam banyak hal, masih terperangkap dalam kewajipan yang besar untuk memenuhi perjanjian yang sudah lama dirancang.
Tengku Rifhan Faleeq, pula, berasal dari keluarga yang tidak kurang hebatnya. Keluarga Tengku Rifhan mengendalikan syarikat ternama yang turut memperkukuhkan status mereka dalam dunia perniagaan. Tidak hanya tinggi darjatnya, tetapi dia juga dilatih untuk meneruskan legasi keluarga yang semakin berkembang. Walaupun dia memiliki semua yang orang impikan, hidupnya tetap dipenuhi dengan tanggungjawab yang besar.
Perkenalan mereka bermula dengan ketegangan, kerana kedua-duanya tidak pernah melihat satu sama lain sebagai pasangan yang ideal. Seiringnya waktu, mereka menjadi sedikit rapat dalam masa sehari. Namun, takdir membawa mereka bersama, mengikat mereka dalam sebuah perjanjian yang harus dipenuhi.
Walaupun mereka tidak suka antara satu sama lain, perasaan ini tidak dapat mengubah perancangan yang telah ditetapkan. Akankah mereka terus bertahan dalam ketidaksetujuan atau mula memahami dan menerima satu sama lain? Ikatan yang mengikat mereka, walaupun berat, memberi peluang untuk mencari cinta dalam cara yang tidak pernah dijangka.
"Siapa perempuan tu? Abang, jawab soalan saya!" -Ariana
"Apa kau dah buat ni...Elana! Kau memang cari fasal dengan aku!" -Tengku Rifhan
"Kau cakap dengan aku, kau nak aku ke Farhan?!" -Tengku Rifhan
"Saya tak ada apa-apa dengan dia!" -Ariana Sofeea
Apakah yang akan terjadi di antara mereka? Siapakah Elana dan Farhan?
--
Nur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa.
Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup dalam baldi cinta yang bahagia.
Dengan kehadiran Akmal dan Madihah sebagai parasit hubungan mereka,mampukah mereka terus bersama?
"You are My Love,My Enemy."-Amin Asyraf.
"My Love taik kucing!"-Izara.