[ Highschool, Friendship, Teen ] [ 13+ ] Pertama sekali aku fikir kalau aku dapat pindah sekolah, aku akan jadi budak baik, budak baik yang tak akan buat sebarang kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang. Tetapi siapalah aku untuk menentukan, aku hanya mampu merancang. "Kau jangan percaya sangat budak pendek ni. Silap hari bulan, kau ikut sekali perangai dia yang tak semegah tu. Dia ni buaya, jangan ikut jejak dia. Buaya tak guna." - Adriana Khairina "Muka dah cantik dah, tapi mulut tu busuk betul eh. Paling tidak pun, kau orang pertama yang selalu setuju dengan aku. And for your damn information, aku lagi tinggi daripada kau, tahu?" - Danish Danial Itu baru dua orang manusia yang aku jumpa, belum yang lain lagi. Mereka dua ini sahaja dah buat telinga aku bernanah dengan perang mulut mereka. Itu belum lagi si mamat ni yang tak tahu duduk diam. "Come on, guys. Hal kecil sahaja pun nak gaduh ke? Aku pun boleh bagi the best untuk kita semua. Orang lain duduk dalam khemah, aku boleh bawa dua caravan untuk kita tidur sepanjang perkhemahan ni!" - Wan Fitri Qusyairi Untungnya mereka, antara manusia-manusia yang banyak perangai aneh-aneh seperti manusia tak cukup sel-sel otak, semestinya akan ada seorang yang paling bersabar dan memegang watak sebagai 'the mother of the group'. Sabar tetap sabar, tapi masih ada tahapnya juga. "Sabar woi, Meer! Kau macam tak kenal anak-anak beruk yang kau jaga selama ni. Orang yang sabar setebal kamus, lebih tebal daripada itu pun belum tentu boleh bersabar." - Kasih Iris "Aku lah kalau dapat budak-budak ni, memang aku buka business perdagangan manusia aku sendiri." - Tengku Ameer MirzaAll Rights Reserved
1 part