Ku Ethan Aliff seorang yg ceria kini menjadi pendiam dan dingin selepas kematian ibu dan adik perempuannya. Belum sampai 24 jam lagi dia kehilangan ibu dan adik nya, Allah menggantikan dengan seorang bayi perempuan milik kawan baik bapanya Kawan baik bapanya a.k.a. pakciknya memberi bayi perempuannya pada bapa Ethan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu demi keselamatan bayi itu. "Jaga dia macam kau jaga anak kau sendiri" - Nik Aish Hazman Bermula saat itu, bayi perempuan itu tinggal bersama Ethan dan bapa Ethan. "Enyra..." - Ku Ethan Aliff " Enyra?" - Ku Ezraj Aisar "Qu Enyra Alisya, her new name" - Ku Ethan Aliff Mulannya Ethan tidak dapat menerima Enyra sebagai adik perempuannya. Lama- kelamaan hatinya mula menerima Enyra sebagai adik perempuannya dan sebahagian dari keluarganya. "Abang sayang ira tak?" - Qu Enyra Alisya "Tak" - Ku Ethan Aliff Luaran nampak tidak sayang tapi dalam hatinya, dia sangat sayang pada Enyra. Dia tidak tunjuk rasa sayang dari lisan tapi dari perbuatannya cukup nampak yang dia sangat sayang pada Enyra sehingga dia sanggup mengekori Enyra dari jauh jika Enyra bermain di taman bersama kawannya. Dia sangat menjaga keselamatan Enyra. 5 tahun Enyra tinggal bersama mereka sehinggalah tiba masa untuk mereka berpisah. Enyra kembali bersama keluarga kandungnya. " Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi " - Ku Ethan Aliff Adakah mereka akan berjumpa semula? Atau kisah mereka akan tergantung seperti itu?All Rights Reserved
1 part